Inspirasi

Saya Nak Bangun Awal!

Perkongsian

Letih? Malas? Sengaja? Pelbagai alasan untuk bangun awalkan.

Menurut kajian, kejayaan seseorang bermula sekiranya individu terbabit bangun pagi iaitu sebelum matahari terbit.

Pelbagai manfaat mengamalkan bangun pagi iaitu menjadikan anda lebih aktif dan produktif.

Jom kita sama-sama mengorak langkah kejayaan bermula dengan langkah-langkah di bawah untuk diamalkan dan dijadikan rutin harian.

image

1- Cari alasan untuk bangun pagi

Senaraikan tugasan yang akan dilakukan esok. Senarai ini bagi memastikan segala tugasan yang berat dapat diselesaikan sebelum tengah hari. Penyenaraian ini perlu dilakukan sebelum tidur.

Ia secara tidak langsung membantu menguruskan masa anda dengan lebih teratur. Lagipun, pagi merupakan waktu terbaik untuk kekal produktif dalam kerja!

image

2- Gunakan butang ‘snooze’

Setiap kali sebelum tidur, pastikan anda kunci jam dan apabila mendengar butang ‘snooze’ daripada jam penggera berbunyi, pastikan anda tidak berlengah untuk bangun pagi. Ketahuikah anda jika terus bangun dan mandi, akan menjadikan badan anda lebih segar dan bertenaga untuk merancang sesuatu pada waktu pagi.

Dinasihatkan juga, jika anda terjaga lebih awal daripada masa yang ditetapkan, terus bangun. Jika anda kembali tidur, ia akan menyebabkan anda lebih sukar untuk bangun. Bangun lebih awal akan memberi peluang kepada anda untuk bersarapan, masa yang lama untuk bersiap dan dapat menikmati keindahan pagi dengan lebih tenang.

3- Nikmati waktu tidur lebih lama

Amalkan tidur pada waktu yang sama dan ditetapkan pada setiap malam. Setiap hari, anda memerlukan enam hingga lapan jam waktu tidur. Bagaimana? Terpulang kepada anda untuk memenuhi keperluan itu setiap hari. Cukup waktu tidur sebenarnya mempengaruhi waktu bangun dari tidur anda.

4- Bangun lagi awal

Cuba ubah sedikit waktu bangun anda. Jika selalunya anda bangun jam 6 pagi, cuba awalkan sebanyak 10 atau 15 minit dari waktu yang menjadi kebiasaan itu. Kelebihan ini memberi peluang dan lebih masa untuk anda meregangkan badan.

5- Bangun awal pada hujung minggu

Hujung minggu, hari bangun lewat! No! No! No! Jangan ubah rutin bangun awal walaupun pada hujung minggu. Ia sebagai latihan agar anda mudah bangun awal setiap hari. Bila sudah biasa, badan anda sudah menjadi serasi dengan keadaan ini.

Diketahui umum bahawa pagi merupakan waktu yang tenang. Ketika ini juga fikiran kita dalam keadaan tenang dan sesuai membuat perancangan dengan baik. Oleh itu, walaupun pada hujung minggu, bangun awal dan rancanglah sesuatu untuk memenuhi hujung minggu yang lebih menyeronokkan!

image

6- Lompat dan regangkan badan

Sejurus saja bangun dari tidur, cuba regangkan badan dan melompat dengan perlahan. Beberapa sesi lompatan akan membantu anda memperoleh tenaga. Contohnya, jadikan rutin harian jika anda mempunyai kemampuan untuk lompat tali.

Senaman ini akan membantu memperbaiki sistem limfa anda. Tahukah anda, banyak toksik dihasilkan pada waktu malam iaitu sewaktu anda tidur? Jadi, senaman pagi yang sedikit ini sudah mampu mengurangkan.

7- Buka tingkap

Sebaik saja anda bangun pagi, buka tingkap bilik anda. Tarik nafas sedalam-dalamnya dan pasti anda berasa segar serta mampu melihat lebih jelas pemandangan di luar rumah. Kesegaran dan pemandangan indah di waktu pagi ini memberi lebih keinginan untuk anda bangun awal pada setiap hari.

image

8- Minum segelas air

Kesegaran dapat dirasai dengan lebih baik dengan cara meminum segelas air. Hanya dengan cara bangun dari tidur dan minum segelas air, anda pasti bersedia untuk menempuhi hari baharu dengan lebih bersemangat.

9- Sarapan

Elakkan sarapan yang mengandungi kuantiti gula yang tinggi. Ia hanya mengakibatkan perut sebu dan sakit kepala. Kombinasi diet seimbang menjadi permulaan yang ceria dan produktif.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply