Inspirasi

Ceriakan Hari Anda. Be Happy!

Perkongsian

Tertekan? Bosan?

Manusia yang berakal dan waras tidak dapat lari dari perasaan itu. Tapi, sampai bila kita perlu melayan perasaan itu sehingga menyebabkan kualiti dan produktiviti pekerjaan mahupun kehidupan kita terjejas.

Jom kita tengok tips bagi menceriakan hari-hari anda dan seterusnya memberi impak positif kepada diri anda!

image

Senyum selalu, setiap hari

Sebelum ketawa, senyum yang datang dulu kan? Senyum bila-bila masa kita melihat sesuatu yang menyenangkan dan kelakar. Senyum apabila orang lain senyum kepada kita. Senyum apabila melihat bayi yang comel. Senyum apabila berjumpa dengan penjual yang peramah dan baik hati. Hanya dengan sebuah senyuman, ia benar-benar memberi kesan – apabila kita senyum, orang lain akan memberi tindakbalas yang baik kepada kita. Jadi, mulakan hari dengan senyuman dan biarkan senyuman itu terus menceriakan hari anda.

“A smile is a curve that sets everything straight.”

– Phyllis Diller

image

Gembirakan hari anda

Peristiwa dan kejadian-kejadian yang dilaporkan melalui akhbar harian boleh membuatkan kita tertekan – bencana alam, pengangguran dan turun naik saham. Bagi menghapuskan segala perkara-perkara negatif itu, baca sesuatu yang menghiburkan setiap hari. Ia mungkin boleh didapati dari website atau ruangan komik dari suratkhabar. Selagi ia boleh membuatkan kita gembira, ketawa, teruskan membaca!

imageKetawakan diri sendiri

Kita memang perlu serious dalam urusan kerja dan mengambil serious dalam pekerjaan kita. Tetapi, kita perlu juga memberi ruang kepada diri sendiri.  Jika sepanjang hari kita membiarkan wajah tegang memikirkan pasal pekerjaan, ia boleh menyebabkan kita tertekan secara fizikal atau mental. Jadi, kenapa kita tidak gelakkan diri kita sendiri sama ada sekarang atau selepas ini?

Daripada kita hanya menyalahkan diri kita sendiri atas kesilapan yang berlaku, mengapa tidak mentertawakan kebodohan (hehe) kita sendiri? Bila kita melakukan demikian, kita sudah mengurangkan ketegangan dan tahap terlebih jangka diri sendiri. Jadi, kongsi detik-detik lucu dan memalukan itu dengan orang sekeliling kita. Sebarkan kegembiraan dan gelak tawa dan orang akan melihat kita bukan jenis yang terlalu serious dalam semua hal dan kita juga orang yang boleh menceriakan suasana. Ini akan memupuk hubungan yang lebih baik.

Jadi, lihat kesilapan kita dari sudut positif dan ketawakan ia!

Kehidupan sememangnya penuh dengan turun naik. Tetapi, bila kita berada di bawah, kelucuan boleh menghidupkan semangat kita untuk naik semula!

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply