Inspirasi Semasa Viral

Digelar Remaja Bermasalah, Tidak Menghalang Pelajar Henry Gurney Ini Untuk Berjaya

Perkongsian

MELAKA: Kesilapan lalu tidak menghalang seorang pesalah juvana memperoleh keputusan cemerlang 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015. Suasana baharu di Sekolah Henry Gurney (SHG) Telok Mas di sini, memberi sinar buat Kamal, 19, (bukan nama sebenar) yang bertekad mahu mengubah kehidupan. Kamal ditahan polis tiga tahun lalu selepas terbabit dalam kegiatan curi motosikal dan dimasukkan ke SHG pada September 2013.

Menurut laporan laman Berita Harian, kakaknya, Mas, 21, (bukan nama sebenar) turut dimasukkan ke sekolah sama atas kesalahan mengedar dadah. Kamal bertekad untuk berubah atas dorongan ibu dan gurunya.

“Walaupun pernah tersilap langkah, saya bersyukur kerana masih diberi peluang untuk memperbaiki diri dan keputusan ini adalah buktinya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Slip Keputusan SPM 2015 di SHG di sini, hari ini.

Penyampaian kepada 75 penghuni sekolah itu disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Banduan Jabatan Penjara Malaysia, Datuk Jamaludin Saad. Yang turut hadir, Pengarah Penjara negeri, Abdul Aziz Mohamad dan Timbalan Pengarah SHG, Mohd Rothman Bujang.

Kamal bercadang melanjutkan pengajian di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bagi merealisasikan impian bergelar pegawai tentera. Sementara itu, Abdul Aziz berkata, calon SPM 2015 di sekolah itu mencatat kelulusan 100 peratus.

“Tahun ini, seramai 106 penghuni akan menduduki SPM dan kejayaan pelajar SHG diharap dapat mengubah persepsi masyarakat mengenai mereka apabila keluar kelak,” katanya.

Tidak ada manusia dalam muka bumi yang mahukan kegagalan dalam hidup. Kebiasaanya, mereka yang jatuh akibat kesilapan sendiri akan bangkit dan akan berjaya lebih kehadapan daripada mereka yang sudah sememangnya berjaya. Rezeki manusia semuanya ditangan Allah dengan syarat hamba Nya akan berusaha. Maka, golongan seperti Kamal seharusnya diberi sokongan dan dorongan agar dia berusaha menjadi yang lebih baik pada masa hadapan.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply