Hiburan Viral

Disebalik Keindahan Gaun Pengantin Anzalna Ada Yang “Terseksa”

Perkongsian

Masih ingat kecantikan dan keayuan pelakon Anzalna Nasir yang begitu meriah di majlis perkahwinannya bersama suami, Hanif Zaki, pada 27 Februari lalu? Majlis yang bertemakan Royal British – Fairytale itu digamatkan lagi dengan ketibaan Anzalna berpakaian gaun pengantin yang diilhamkan daripada patung Barbie Mariposa. Cukup mempesona dan memukau mata jemputan yang hadir, terpaku dengan keindahan gaun berkenaan biarpun ‘barbie’ itu hanya mengenakan veil ringkas tanpa sarat hiasan!

Keesokannya, bukan sahaja majlis tersebut menjadi perhatian seluruh Malaysia malah gaun yang dipakainya telah menjadi viral di laman sosial dan telah menjadi perhatian sehingga luar negara.

Sehingga hari ini, kecantikan gaun yang disarungkan oleh Anzalna masih menjadi viral sehingga ada yang menjadikannya inspirasi dan ilham untuk membuat kek serta perniagaan kain.

Tetapi, tahukah anda siapa dan apa yang terjadi disebalik ‘kekecohan’ ini?

Bagi mereka yang pernah melihat watak kartun Barbie Mariposa pasti mengetahui bahawa ia adalah patung perempuan yang mempunyai sayap seperti rama-rama berwarna-warni dan gaun-gaun yang dipakai patung itu diperbuat daripada sayap-sayapnya sendiri, yang kelihatan seperti kelopak bunga. Setiap kali penghujung cerita kartun itu, pastinya penonton akan dapat melihat keindahan gaun Barbie Mariposa yang berubah menjadi warna merah jambu dan jingga lembut. Sungguh memukau.

Menariknya, gaun yang disarung pelakon itu bukan sahaja berjaya diterjemah saling tidak tumpah dengan karakter berkenaan, malah tidak keterlaluan jika dikatakan lebih cantik apabila ditambah dengan keayuan wajah Anzalna sendiri.

Pemilik butik Cosry, Teuku Putra Aziz, orang yang bertanggungjawab mencipta gaun indah ini juga tidak menyangka gaun ciptaannya mendapat pujian orang ramai malah menjadi viral secara meluas. Katanya, menyiapkan gaun yang direka berkonsepkan Barbie Mariposa ini merupakan gaun paling sukar yang pernah dihasilkan. Kesuntukan masa serta kesukaran mencari pembantu reka, fabrik dan material sampingan menjadikannya ia lebih sukar disiapkan.

Selain Putra, dua individu yang terlibat secara langsung dalam penghasilan gaun masterpiece itu, ialah Alia Ismail (gerekitualia), 35, guru seni di Sekolah Lycee Francais De Kuala Lumpur dan Mohd. Izad Emir (ijartemir), 30, guru di Cempaka International School, yang mana kedua-duanya merupakan bekas penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan Seni dan Reka.

Kedua-dua pelukis itu merupakan individu yang bertanggungjawab melukis corak yang terdapat pada gaun berkenaan, yang turut menjadi bualan kerana Anzalna memilih untuk mengenakan gaun perkahwinan yang bercorak dan tidak klise seperti gaun yang menggunakan fabrik kosong.

Gaun barbie Anzalna dilukis tangan (hand painting) corak sayap Barbie Mariposa pada kain sepanjang 12 meter. Kesukarannya lebih dirasai kerana masa yang panjang diperlukan untuk disiapkan kerana ia perlu dikeringkan selepas dilukis sebelum boleh dipotong untuk proses menjahit.

Cabaran demi cabaran terpaksa dihadapi. Kesukaran mencari mereka yang mahir menampal batu permata daripada swarozski pada kain sepanjang 12 meter agar gaun yang dihasilkan menyerlah dan memberi impak 3D dan berkilau turut memberi tekanan buat Putra.

Selepas Putra dan pasukannya berhempas pulas selama 3 bulan bagi menyiapkan gaun yang menggunakan tiga lapisan fabrik sutera organza berwarna off white dan dusty pink, serta taburan batu permata swarozski dan beberapa jenis batuan lain, termasuk 15 hari diperlukan untuk melukis, akhirnya seperti yang dijanjikan kepada Anzalna, pada 15 Februari iaitu dua minggu sebelum majlis perkahwinan berlangsung, gaun seberat 20 kilogram siap sepenuhnya.

“Paling menyeronokkan ketika sesi mencuba, Anzalna menangis kerana terlalu terharu melihat gaun berkenaan yang berjaya disiapkan dengan sungguh cantik,” jelas Putra.

Jom kita tengok proses menyiapkan gaun Barbie Anzalna ini!

image
Sebahagian pasukan Cosry yang bertanggungjawab menampal batu-batu swarozski

 

image
Proses melukis dan mewarna yang mencabar

 

image
Hand painting sayap rama-rama disiapkan dalam tempoh 15 hari

 

image
Putra gembira melihat Anzalna berpuas hati dengan gaun pengantinnya ketika sesi mencuba
Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply