Cinta & Perhubungan Inspirasi

Isteri Idaman Suami

Perkongsian

Kembang rasanya hati bila kita tahu bahawa kita adalah isteri idaman suami. Apa tidaknya, bagi seorang isteri, suaminya merupakan wasilah (jalan) untuknya mendapat keredhaan Allah. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:

“Apabila seseorang wanita tetap bersembahyang lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya, mematuhi suaminya, maka dapatlah dia memasuki syurga.”

– Hadith Riwayat Al-Bazzar –

image

Tapi untuk mencapai tahap tersebut atau sudah cukup indah jika mendapat gelaran isteri idaman, wajiblah kita menjaga perkara-perkara yang kita nampak remeh tapi boleh membawa dosa kita terhadap suami. Antara adab sopan apabila berdepan dengan suami ialah :

1- Suami sedang bercakap dengarlah dengan baik, diam dan tidak memotong percakapannya.

2- Sikap suami hendaklah diterima dengan syukur, tidak menjawab apabila dimarah dan bersabar ketika hati disakiti kerana kadang-kadang dia sengaja hendak menguji kita.

3- Cepat bertindak ketika suami berhajat terhadap sesuatu sekalipun sedang letih. Tegasnya, taat kepada kehendak suami kecuali yang melanggar syariat.

4- Memenuhi keperluan suami dengan baik, mengutamakan kehendak suami daripada kehendak anak-anak (di sinilah tanda kasih sayang terhadap suami). Jika diizinkan bolehlah mendahulukan kehendak anak atau orang lain.

image

5- Ketika berhadapan dengan suami, eloklah sentiasa berhias diri, bersihkan mulut, berwangi-wangian (di dalam rumah) dan berwajah manis.

6- Memuliakan ibubapa dan keluarga suami, menghormati isteri-isterinya (jikalau bermadu) dan melayani anak-anak suami (anak tiri kita) dengan baik.

7- Menjaga ketenteraman hati suami, membantu menyelesaikan masalah suami atau sekurang-kurangnya tunjukkan rasa gembira dan simpati.

image

8- Menjaga harta suami dengan baik dan jangan mengkhianatinya, menjaga kebersihan dan kekemasan rumah. Menyediakan peralatan mandi atau pakaian sebelum suami ke bilik air.

9- Menghormati suami, berdiri menghantar pemergian suami dan menyambut kepulangannya dengan senyuman.

10- Mesti sama-sama merasai perasaan suami, suka kalau dia suka dan berduka kalau dia berduka. Bergurau kalau dia bergurau, tenang kalau dia tenang. Dan terhibur tatkala menerima pemberian suami dan tidak memperkecilkannya. Tegasnya, dapat menyelami perasaan suami dan sanggup berkorban demi kesenangan suami.

image

11- Memelihara maruah suami.

12- Memahami akan kerjaya suami dan tidak merungut jika suami balik lewat.

13- Sentiasa mendoakan suami dan tidak menyusahkan suami dengan kehendak peribadi. Sentiasa berakhlak mulia di depan suami. Tidak bertengkar atau bergaduh di depan anak-anak.

14- Mengekalkan sifat malu kepada suami.

15- Memelihara kehormatan ketika suami tidak ada di rumah.

16- Merasa cukup apa yang telah diberikan oleh suami.

image

17- Melayan suami hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Jika kita memilih bukan sekadar untuk menjadi isteri idaman atau dambaan seorang suami malah salah seorang wanita penghuni syurga, jangan mengambil mudah tentang perkara-perkara di atas. Sejukkanlah hati suami, walau siapa pun dia selagi tidak melanggar hukum-hukum Allah.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply