Inspirasi Viral

3 Rahsia Penghafalan Dr Zakir Naik yang Menjadi Fenomena

Perkongsian

Salam semua yang dikasihi.

Dr Zakir Naik
Dr Zakir Naik

Dr Zakir Naik adalah seorang pendakwah yang hebat yang mempunyai daya ingatan yang kuat. Setiap kali beliau berceramah berpuluh-puluh petikan ayat Al- Quran yang beliau sebut untuk menyokong hujah-hujah beliau. Beliau bukan sahaja menguasai dan menghafal Al-Quran dan Sahih Bukhari Muslim, bahkan menguasai juga kitab Injil, Weda, Tripitaka dan Bhagavad gita. Sebab itu setiap kali beliau berceramah, ramai orang bukan Islam tertarik untuk memeluk Islam.

Ramai bertanya kepada beliau, apakah rahsia penghafalan beliau yang menjadi fenomena ini? Adakah dirinya ada cip komputer? Rahsia penghafalan beliau semuanya ada di dalam Al- Quran. Mari kita ikuti artikel ini.

1.Beriman dan bertawakkal kepada Allah swt

Di dalam surah Ali-Imran [3]:160

“Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada orang yang dapat mengalahkan kamu; Jika Allah membiarkan kamu, maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah; Kerana itu hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakkal”

Maka yang rahsia yang pertama ialah bertawakkal kepada Allah swt.

2.Kerja Keras

Di dalam surah Al-Ankabut [29]: 69

“ Jika kamu berjihad untuk (mencari keredhaan) Allah, Allah akan benar-benar menunjukkan kepadamu jalannya.”

3.Teknik

Di dalam surah Al- Anbiya [21]:7 dan surah An-Nahl [16]:43

“ Jika kamu tidak mengetahui, maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan.”

Teknik yang pertama adalah beriman kepada Allah. Allah adalah penolong terbaik melebihi segala teknik yang ada di dunia ini. Tetapi bagaimana mendapatkan pertolongan Allah? Iaitu dengan berjuang di jalanNya. Jika kita benar-benar berjuang di jalan Allah, maka kita akan beroleh kejayaan. Jika kita tidak berjaya, maka kita belum benar-benar berjuang di jalanNya.

Sebelum memulakan ceramah, beliau sering kali membaca surah Taha [20]: 25-28;

“ Ya Tuhanku lapangkanlah untukku dadaku, Dan mudahkanlah untukku urusanku, Dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku.”

Inilah doa yang diamalkan oleh Dr Zakir Naik untuk menguatkan hafalannya.

Mari kita tonton video yang beliau kongsikan berkenaan rahsia penghafalannya.

Semoga kita dapat manfaat daripada artikel ini dan mengamalkannya. Bersama-samalah kita sebarkan 3 rahsia ini kepada keluarga dan kawan-kawan kita yang lain supaya kita menjadi hebat seperti Dr Zakir Naik.

Sekian, wassalam.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply