Semasa

Penyamun Senyum Depan CCTV

Perkongsian

Dah macam filem Hollywood yang menampilkan adegan-adegan aksi dan lagak ngeri serta tindakan pelakon utama yang sengaja menunjukkan identitinya dan melarikan diri setelah misi berjaya dilaksanakan.

Namun, kejadian seumpama itu  ternyata berlaku dalam dunia sebenar dalam satu kejadian samun di negeri Kelantan awal pagi tadi.

samun1
Inilah tindakan berani mati yang menyamun sebuah premis perniagaan awal pagi tadi

Dalam kejadian di Wisma Setia , Jalan Dusun Muda ,Kota Bharu Kelantan awal pagi tadi, tindakan seorang penyamun yang senyum sebelum mencabut wayar CCTV di premis terbabit seolah-olah menempah tiket awal ke penjara apabila wajahnya masih berjaya dirakam.

Insiden yang direkodkan sekitar jam 2.30 pagi itu menunjukkan suspek bergerak secara solo menyelinap masuk ke premis berkenaan sebanyak dua kali untuk menyamun.

1$_V?_Job Name
Filem Jamaes Bond: Spectre juga ada menampilkan penjenayah yang senyum di CCTV sebelum melarikan diri

Menurut sumber sedia ada, suspek yang dianggarkan berusia dalam lingkungan 30 tahun itu hanya mengambil wang derma yang diletakkan di dalam tabung di atas kaunter sebelum keluar daripada premis terbabit.

Wang tabung tersebut dianggarkan lebih kurang RM 100. Mungkin tidak cukup dengan itu, suspek masuk ke premis tersebut buat kali kedua sebelum melarikan peti besi yang mengandungi wang tunai sebanyak RM 30,000.

Setelah melihat kepada kejadian ini, terdapat beberapa kesimpulan yang dapat dibuat. Pertama, pengaruh filem-filem barat sangat jelas dilihat. Suspek berani mati senyum di hadapan CCTV berkenaan seolah-olah berbangga dengan tindakannya. Keduanya, premis-premis perniagaan tidak wajar menyimpan wang tunai yang terlalu banyak. Mungkin tanpa sedar, suspek sebenarnya sudah lama menjadikan premis terbabit sebagai sasaran untuk menyamun.

Wallahualam. Semoga kita semua dijauhi daripada bala bencana.

Amin.

Sumber:Kosmo!

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply