Inspirasi Semasa

Rezeki Farid Kamil Di Qanun 99

Perkongsian

KUALA LUMPUR: Lebih memberi tumpuan kepada lakonan di layar perak, Farid Kamil, 35, bagaimanapun tidak mengetepikan tawaran untuk beraksi dalam produksi televisyen.

Sedang popular dengan drama terbaharu, Qanun 99, Farid yang memiliki kelulusan dalam jurusan Seni Layar dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam mengakui, terikat dengan ideologi yang sudah sebati dalam dirinya sejak melangkah ke menara gading.

“Mungkin kerana banyak menerima pendedahan mengenai filem, saya lebih menghargai peluang beraksi di layar lebar. Filem umpama medium komunikasi yang mempunyai nilai tersendiri dan akan tersimpan sebagai khazanah serta rujukan. Nilainya tidak sama dengan drama bersiri.

“Saya akui, prinsip itu kuat mempengaruhi sejak awal kemunculan saya dalam bidang lakonan. Meskipun ketika itu, saya tidak pasti apakah formula yang diamalkan akan membuahkan hasil, tetapi sekurang-kurangnya saya mempunyai hala tuju apabila memilih untuk mendalami bidang lakonan,” katanya.

Farid berkata, sebagai anak seni, kepuasan hanya akan dirasai apabila karya yang dijayakan dihargai. Disebabkan itu, Farid cuba mempelbagaikan karakternya di layar perak kerana ia menjadi catatan penting dalam perjalanan kerjaya lakonannya.

Pelakon Langit Cinta itu juga berkata, dalam kesibukan menguruskan kerjaya lakonannya, minatnya terhadap pengarahan masih belum terhakis. Selepas mengarah filem V3 Samseng Jalanan pada tahun 2010, disusuli Kongsi (2011) dan P3 (2012), Farid sedang merancang pembikinan produksi terbaharu.

Bagaimanapun, Farid yang menggemari filem aksi berkata, ia tidak akan dihasilkan dalam masa terdekat kerana dirinya mementingkan kualiti dan kesempurnaan sesebuah garapan.

“Sebagai pengarah, saya menitikberatkan produksi yang mempunyai nilai untuk jangka masa panjang tetapi pada masa sama, memiliki unsur komersial supaya dapat menarik penonton ke pawagam. Saya bukan orang baharu dalam dunia lakonan, jadi saya tidak mahu terburu-buru.

“Karya terbaharu ini perlu menonjolkan kematangan saya dari pelbagai sudut merangkumi pengarahan, konsep, jalan cerita dan ideologi. Semua itu memakan masa kerana saya tidak mahu sekadar berkarya, tetapi akan dilupai penonton,” katanya.

Bercerita mengenai Qanun 99, Farid mengakui watak peguam bernama Khalil yang dijayakannya dalam produksi itu memberikan cabaran baharu, terutama dalam menjaga tatatertib, protokol dan gaya hujah yang sebenar.

“Sepanjang penggambaran membabitkan babak di mahkamah, lakonan saya dipantau oleh seorang hakim dan beliau akan menegur jika saya melakukan kesilapan. Antara babak paling mencabar apabila berdebat dalam mahkamah, selain mengingati dialog yang panjang.

“Semua itu perlu disampaikan mengikut tatacara dan etika yang betul. Saya pernah beberapa kali ditegur terutama dari segi protokol, selain memperbetulkan sebutan beberapa terma. Saya akui, Qanun 99 adalah antara drama terbaik pernah saya jayakan meskipun saya lebih mengutamakan lakonan filem.

“Lebih membuatkan saya puas, saya dapat merealisasikan watak untuk kerjaya yang pernah saya idamkan ketika di bangku sekolah. Saya pernah menyimpan impian untuk menjadi peguam, tetapi rezeki membawa saya ke dunia lakonan apabila memilih melanjutkan pelajaran mengikuti Fakulti Seni Persembahan,” katanya.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply