Semasa

Ya ALLAH,Indahnya Syurgamu..

Perkongsian

Sedang manusia lupa mengejar keseronokan dan nikmat dunia, mereka sebenarnya lupa akan nikmat sebenar bagi manusia di alam akhirat adalah terlepas dari seksaan api neraka dan melangkah masuk ke syurga Allah yang tidak tergambar oleh fikiran kenikmatan dan kecantikannya.

heaven2
Kalau ciptaan Allah di dunia sudah begini cantik, bayangkan syurga-Nya

Untuk membuatkan umat manusia melakukan ibadah dan sentiasa mengingati Sang Pencipta iaitu Allah Ajawajalla, Allah S.W.T ada menceritakan tentang suasana dan nikmat keindahan syurga dalam Al-Quran dan juga As-Sunnah.

Inilah antara ciri-ciri Syurga Allah yang tidak terkira indahnya:

  • Luas  Syurga– Dikatakan seluas langit dan bumi. Surah Ali Imran ayat 133:
    “Kejarlah oleh kamu ampunan Tuhan kamu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.”

  • Udara– Udaranya sungguh nyaman. Tidak panas membakar, tidak pula sejuk menggigit. Allah menyebut dalam Surah Al -Insan ayat 13: “Mereka berehat didalam syurga dengan berteleku di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang bersangatan sejuknya.”
Tidak ada satupun perkara di dunia ini yang dapat menandingi keindahan Syurga Allah
  • Suasana syurga: Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah bersabda: “Bahawa dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kimkuma (Za’faran) dan buminya kasturi.” (Hadis riwayat Al-Bazzar). Harumnya bau syurga ini dapat dicium dari jarak perjalanan 100 tahun.

  • Sungai di syurga: Allah banyak menyebut tentang sungai-sungai di syurga. Antara ciri-ciri sungai tersebut adalah airnya tidak berubah rasa dan baunya,air susu yang tidak berubah rasa dan warnanya,air anggur (arak) yang lazat dan tidak memabukkan bagi peminumnya dan juga madu yang disaring.

  • Syurga memupunyai tingkat/taraf: Syurga itu bertingkat-tingkat dan setiap tingkat berbeza-beza pula. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain ialah seperti jarak antara bumi dan langit. Adapun tingkatan syurga yang paling tinggi darjatnya dinamakan “Al-Firdaus”. Di atas Al-Firdaus inilah terletak “Arsy Rahman (Mahligai Tuhan).
  • Keistimewaan syurga Al-Firdaus ialah para penghuninya akan dapat melihat wajah Allah dua kali dalam sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Sedangkan nikmat yang tertinggi di dalam syurga ialah apabila manusia dapat menatap wajah Allah.
  • Dalam hal ini pernah Nabi Musa a.s. meminta kepada Allah untuk melihatNya. Tetapi baru sahaja Allah menunjukkan diri kepada gunung, gunung itu bergegar dan hancur sehingga Musa jatuh pengsan. Ini membuktikan gunung yang bagaimana juga kukuhnya akan hancur bila Tuhan menunjukkan diriNya, inikan pula manusia yang lemah.
heaven3
Allah S.W.T. menjanjikan bidadari di syurga kepada hambanya yang taat.
  • Pintu-pintu syurga: Sebelum masuk ke syurga, penghuni-penghuninya akan melalui pintu-pintu syurga terlebih dahulu. Pintu-pintu ini ada bermacam-macam pula jenisnya. Hal ini disebutkan di dalam al-Quran Surah Shaad ayat 49-50 yang bermaksud:
    “Ini adalah kehormatan bagi mereka dan sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa benar-benar (disediakan) tempat kembali yang baik, (iaitu) syurga dan yang pintu-pintunya terbuka bagi mereka.”
  • Kemudian Abu Hurairah ada meriwayatkan sebuah Hadis Rasulullah s.a.w. bersabda:
    “Dan bagi syurga itu lapan pintu. Maka siapa yang termasuk dari orang yang menegakkan ibadah sembahyang, dia akan dipanggil dari pintu sembahyang. Bagi orang berpuasa ia akan dipanggil dari pintu puasa. Orang yang brsedekah akan dipanggil dari pintu sedekah. Dan yang berjihad akan dipanggil dari pintu jihad.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sesungguhnya keindahan Syurga tidak dapat habis diceritakan walaupun 7 abad lamanya. Yang diceritakan dalam artikel ini hanyalah secebis dari keenakan menikmati syurga Allah. Manusia haruslah sentiasa bersedia agar mempunyai amalan yang cukup sebelum dijemput Allah supaya kita dapat berjumpa di dalam syurga yang abadi

Hanya sebagai peringatan bersama. Amin.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply