Cinta & Perhubungan

” Saya Sudah Kahwin 7 Kali”

Perkongsian

Benar ” jodoh , ajal dan maut” itu di tangan tuhan. Umat Islam seperti kita harus yakin bahawa Allah telah menetapakan siapakah jodoh kita, bilakah kita akan mati sejak kita dalam rahim ibu lagi. Sesungguhnya perancangan Allah itu terlalu sempurna dan setiap apa yang berlaku mempunyai hikmah yang tersembunyi.

Screenshot_2016-03-13-13-24-34-1
Wanita ini pernah berkahwin 7 kali

Kisah berikut merupakan kisah benar yang diceritakan seorang wanita tabah yang hanya mahu dikenali sebagai Siti  (bukan nama sebenar). Siti tinggal di sebuah kampung pendalaman di salah sebuah daerah di Kedah. Baru sahaja menginjak ke usia 50 tahun, namun Siti sudah pernah berkahwin sebanyak tujuh kali.

Bagi seorang wanita, berkahwin banyak kali bukanlah sesuatu yang diidamkan. Hampir kesemua wanita di atas muka bumi ini hanya seboleh-bolehnya memiliki seorang sahaja suami yang mampu menjaganya sehingga akhir hayat. Seorang suami yang bertanggungjawab dan mampu memberi nafkah sudah memadai untuk melihat kehidupan seorang wanita itu tersenyum bahagia.

kahwin
Perkahwinan adalah antara momen paling ditunggu-tunggu oleh manusia

Namun bagi Siti, perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh dikira Indah. Sejak lebih 30 tahun lalu, Siti sudah pernah berkahwin sebanyak 7 kali. Tapi tidak ada satu pun suaminya kekal ataupun ‘melekat’ sehingga ke hari ini. Percaya kepada jodoh itu sudah ditulis ,Siti melalui hari biasa dengan berlagak normal walaupun hatinya remuk dimainkan insan bernama lelaki.

Perkahwinan pertama Siti berlaku ketika Siti berusia 19 tahun. Hasil daripada perkahwinan tersebut dia memperoleh dua orang cahaya mata, Namun tidak bertahan lama. Hanya 4 tahun dan Siti ditinggalkan buat kali pertama kerana suaminya pergi mencari wanita lain. Tidak lama kemudia, Siti bernikah lagi dan kali ini Siti mendapat tiga orang anak. Nasib yang sama menimpa dirinya apabila suami keduanya turut berkahwin lain sebelum meninggal dunia.

Nak katakan Siti tidak cantik, tidak lawa, mustahil. Kerana menurut penceritaan ibu kepada Siti, Siti merupakan perempuan yang digilai satu ketika dahulu. Kalau remaja sekarang digelar ‘hot’. Cantik walau macam manapun,sekiranya Allah sudah berkata sampai disitu sahaja jodoh kamu, tidak ada yang mampu menahan kuasa Allah.

kahwin2
Cerai merupakan perkara yang tidak disukai Allah

Begitulah perjalanan hidup Siti. Suami-suami yang seterusnya juga begitu. Semuanya tidak bertahan lama. Kalau tidak bercerai pasti meninggal dunia. Namun, suami terakhirnya ada cerita yang berbeza. Hanya sempat mendirikan rumah tangga sebulan, kali ini Siti mengambil keputusan untuk meninggalkan lelaki tersebut kerana suaminya itu mencabul emaknya sendiri serta cuba mengambil kesempatan terhadap anak-anak perempuan Siti. Allah.

Siti yang kini sudah memounyai 10 orang anak berkata, dia tidak menyesal untuk berkahwin lagi sekali kerana dia yakin Allah akan menemukannya dengan seseorang yang telah ditakdirkan biarpun di usia tua. Sama-sama kita dooakan agar rumah tangga yang bakal kita bina disulami dengan redha Allah. Doakan juga, Siti menemui lelaki yang baik untukknya.

Amin.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply