Inspirasi

Surah Al Fatihah Doa Terhebat

Perkongsian

“TUNJUKILAH kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang yang sesat”

Inilah doa yang wajib diminta daripada Allah SWT sekurang-kurangnya 17 kali sehari. Kekuatan ayat surah al-Fatihah (juga dinamakan mufassir sebagai surah solat) itu dibincangkan Ustaz Zul Ramli M Razali.

Syaikh Abdurrahman bin Nashir As Si’di menjelaskan, hidayah mendapat petunjuk jalan yang lurus adalah hidayah memeluk agama Islam dan meninggalkan agama selain Islam. Adapun hidayah dalam meniti shiratal mustaqim mencakup seluruh ilmu dan pelaksanaan ajaran agama Islam secara terperinci.

Kepentingan doa dalam setiap rakaat solat Katanya, doa untuk mendapat hidayah ini termasuk doa yang paling lengkap dan paling bermanfaat bagi hamba. Oleh itu wajib bagi setiap orang untuk memanjatkan doa ini dalam setiap rakaat solat kerana kepentingan doa ini. Saat melafazkan doa supaya ditunjukkan jalan yang lurus pasti akan ada getar di hati kecil kerana tidak mungkin akan tercapai permintaan itu jika tidak dikabulkan oleh Yang Maha Kuasa.

Perkataan ‘kami’ dalam ayat menunjukkan jika seorang tidak melafazkannya pasti ia akan diungkap sejumlah besar yang lain. ‘Kami’ juga memberi tamsilan kepada keseluruhan anggota tubuh yang serentak meminta dikurniakan jalan yang lurus saat lidah melafazkan. Seolah-olah setiap pancaindera, organ malah setiap helaian rerambut di tubuh berdoa untuk meraih petunjuk jalan yang lurus yang termasuk dalam ‘kami’ itu.

Tiada siapa yang mampu memberi petunjuk melainkan Allah SWT. Ketika doa permohonan dipinta, individu itu sudah punya matlamat yang jelas dalam jalan hidupnya. Sesungguhnya, telah wujud fitrah pada setiap manusia perasaan mahu kepada Penciptanya tanpa mengira keadaan dirinya. Firaun yang saat tenggelam di Lautan Merah, ketika tercungap berjuang sebelum kelemasan berkata,

“Aku beriman kepada Tuhan sekalian alam”.

Terbukti, kompas dalaman dirinya telah diset oleh Allah SWT bahawa dia berkehendak dan mahu kepada Allah SWT. Justeru, destinasi hidup manusia sangat jelas iaitu menuju Allah SWT iaitu matlamat yang menjanjikan kepuasan seperti mufassir juga menterjemahkan Allah sebagai ‘kepuasan’. Ia membayangkan betapa puasnya manusia saat dapat menyebut kalimah Allah dan tiada kepuasan lebih tinggi melainkan waktu seseorang itu kembali kepada Allah SWT. Contohnya, saudara baharu yang kembali kepada agama fitrah ini, ketika syahadah dilafazkan, maka Allah memenuhi setiap sudut rongga hatinya.

Oleh itu, penting untuk meminta kepada Allah SWT supaya diberikan hidayah petunjuk jalan yang akan membawa kepada-Nya. Imam Abu Ja’far bin Juraih berkata, ahli tafsir telah sepakat seluruhnya bahawa shiratal mustaqim adalah jalan yang jelas yang tidak ada penyimpangan di dalamnya. Petunjuk menuju agama Penggunaan perkataan shirat (jalan) dari sudut bahasa bermaksud menelan. Ia menggambarkan jalan yang dilalui semestinya jalan yang menempatkan diri keseluruhannya di atas jalan itu, bukan jalan ‘iwaja (bengkok), tetapi mustakima (lurus).

Imam Ibnul Jauzi menjelaskan, ada empat perkataan ulama mengenai makna shiratal mustaqim. Pertama, ia bermaksud kitabullah. Pada pendapat Ibnu Mas’ud, ia memberi makna agama Islam. Selain itu, Abu Shalih daripada sahabat Ibnu ‘Abbas dan Mujahid memberi maksud jalan petunjuk menuju agama Allah SWT. Dinukilkan daripada Ibnu ‘Abbas ia membawa maksud jalan (menuju) syurga. Mustaqim pula berasal daripada perkataan yang membawa maksud menegakkan atau mendirikan dengan lurus. Suatu ketika Rasulullah SAW pernah membuat satu garis lurus, kemudian beliau bersabda: Ini adalah jalan Allah. Kemudian beliau membuat garis-garis yang banyak di samping kiri dan kanan garis yang lurus itu. Selepas itu beliau bersabda:

“Ini adalah jalan-jalan (menyimpang). Di setiap jalan ada syaitan yang menyeru kepada jalan (yang menyimpang) itu.” (Riwayat Ahmad)

Justeru, sentiasa semak dan amati setiap langkah yang dilalui ketika meniti jalan kehidupan supaya tidak terkeluar daripada garis yang telah ditetapkan. Panduan terbaik adalah al-Quran, doa terhebat adalah surah al-Fatihah yang dimohon menerusi solat yang didirikan. Hayati maksud surah al-Fatihah kerana sesungguhnya surah tersebut mempunyai mukjizat yang sendiri. Semoga artikel ini dapat beri manfaat kepada kita yang membacanya. Insya Allah.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply