Cinta & Perhubungan Hiburan Semasa

Sharnaaz – Neelofa, apa kaitannya?

Perkongsian

Siapa peminat Sharnaaz Ahmad? Mesti lepas ni frust menonggeng. Kenapa? Beralih kasih dengan Neelofa pulak ker? Meh baca kisah cintan cintun Sharnaaz.

image

Sekarang ni, Sharnaaz Ahmad, 30, seorang pelakon macho sedang dilamun cinta dengan gadis seusianya, Noor Nabila yang juga kakak Neelofa. Bukan bercinta biasa, percintaan yang tahap untuk masa depan!

Mengaku sudah bersedia untuk memegang title suami, Sharnaaz berharap hubungannya bersama Nabila berakhir di jinjang pelamin. Kenyataan berani Sharnaaz ini membuktikan hubungan mereka sudah berada di tahap serius.

image

Mengenali wanita tersebut pada Julai tahun lalu, Sharnaaz mengaku hubungan mereka pernah putus seketika. Malah, mereka pernah memadamkan gambar berdua di laman sosial instagram.

“Biasalah, waktu itu kami sedang ‘bergaduh manja’ sampai merajuk dan sentap. Maka keluarlah segala emosi ala muzik ‘heavy metal’. Biasalah juga kalau bergaduh macam itu, sampai ‘unfollow’ laman sosial masing-masing.

image

“Bagaimanapun sejujurnya saya seronok di sisinya. Kalau ada jodoh dengannya, saya tidak menolak. Ia memang kedengaran agak klise. Cuma, dalam soal ke arah itu (perkahwinan), biarlah ia terjadi tanpa tekanan sesiapa,” kata Sharnaaz yang baru saja selesai berlakon dan mengarah telefilem sulung berjudul Lukisan Cinta.

Menguatkan lagi harapan Sharnaaz dan dirasakan bakal melengkapi hidupnya apabila Nabila dikatakan sebagai pemberi semangat dan penyokong setia dalam setiap perkara yang dilakukannya terutama dari aspek mental.

Selain daripada itu, sikap “sempoi” dan kuat bekerja antara perkara yang menyebabkan Sharnaaz menyukai Nabila yang juga merupakan antara orang yang bertanggungjawab serta tulang belakang dalam perniagaan Neelofa.

image

“Dialah pembuat keputusan dan mengambil tahu semua perkara termasuk soal rekaan, promosi dan macam-macam lagi. Malah, saya perhatikan, tahap kebijaksanaannya cukup mengujakan saya. Dia memang jenis yang berorientasikan perniagaan seperti keluarganya juga,” katanya.

Bunyi memang dah patutnya mereka ni ke jinjang pelamin kan? Kita doakan harapan Sharnaaz menjadi kenyataan.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply