Fesyen & Gaya Hidup

5 huruf Tentang Anda

Perkongsian

Tahukah anda sesetengah syarikat mengenal-pasti personaliti bakal perkerjanya berdasarkan semangat kerjasama, IQ test dan menarik sekali berdasarkan penulisannya. Ini tidak pelik sama sekali kerana terdapat cabang ilmu khusus bagi mengenali corak pemikiran seseorang berdasarkan penulisan mereka yang  dikenali sebagai Graphology.

Anda bersedia untuk mencubanya,ambil sekeping kertas dan tuliskan ucapan  Salam… Terima kasih.”

Pastikan anda menulis ucapan itu dalam keadaan sepontan. Jika anda terlalu mencuba boleh menyebabkan anda mengawal penulisan anda. Sebagai langkah kepastian, anda boleh membandingkan dengan tulisan anda yang sebelum ini. Kita mulakan sedikit analisi pantas.

howl-6009

Huruf ‘e’

Sekiranya penulisan anda mempunyai ‘e’ yang berkepala kecil, Anda seorang yang tidak mudah terikut-ikut dengan cadangan orang lain kerana anda seorang yang berwaspada terhadap sesuatu pekara yang baru anda ketahui.

 Andai ‘e’ anda mempunyai kepala yang agak besar atau lebar, ini bermakna anda suka mencuba sesuatu yang baru. Anda dikategorikan mudah menerima sesuatu yang anda tidak ketahui.

Huruf ‘i’

Huruf ‘i’ dianalisi berdasarkan kedudukan atau cara titiknya ditulis.

‘i’ bertitik seperti slash ( / ) menjelaskan bahawa anda seorang yang menghakimi diri sendiri dan orang lain. Anda mahukan sesuatu perkara dilakukan dengan terbaik.  Anda berasa tidak puas terhadap sesuatu perkara yang diambil mudah oleh orang lain terutamanya seseorang yang mengulangi kesilapan mereka.

‘i’ bertitik sempurna ketinggiannya melambangkan seseorang yang bijak merancang. Agak teliti melakukan sesuatu pekerjaaan.  Ramai suka mendengar penerangan anda kerana anda seorang kaunselor yang mampu menerangkan sesuatu kekusutan.

‘i’ bertitik dengan ketinggian yang tinggi bermaksud anda seorang yang mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Anda gemar melakukan pekara yang anda boleh bayangkan. Anda banyak mengingat dengan mengingati imej. Aset anda yang paling penting adalah mata anda.

‘i’ bertitik sebelum hurufnya adalah mengambarkan anda seorang yang suka melakukan sesuatu pekara pada saat akhir. Anda seorang yang tidak membosankan. Namun ramai juga tidak gemar sikap anda yang melengahkannya.

‘i’ bertitik bulat. Tidak ramai membuatnya. Anda boleh dikatakan unik. Dua pekara berkemungkinan salah-satunya adalah diri anda. Seorang yang berfikiran jauh atau anda seorang yang berfikiran seperti kanak-kanak.

Writing

Huruf ‘h’

Anda adalah seorang yang agresif sekirannya anda mempunyai ketajaman apabila anda menulis huruf tersebut dan sebaliknya sekirannya anda menulisnya secara sederhana.

Huruf ‘s’

Jika anda menulis huruf ini dengan ;

‘s’ ditulis  dengan sempurna, Anda seorang yang disenangi tetapi tidak suka berterus-terang. Anda cuba untuk membuat orang lain berasa selesa meskipun kadang anda tidak selesa.

‘s’ ditulis  dengan kepala nya agak kecil atau tajam menunjukkan anda seseorang yang bercita-cita tinggi. Anda selalu dikaitkan dengan jawatan besar.

‘s’ ditulis  dengan bahagian bawahnya besar bermaksud anda masih memikirkan kerjaya anda yang tidak menuruti apa yang anda cita-citakan. Anda selalu memikirkannya dan masih berterusan memikirkannya. Mungkin anda boleh melepaskannya sahaja.

VwoxHJ5l

Huruf ‘T’

Huruf ini dianalisis berdasarkan kedudukan lintang garisannya.

‘T’ dengan lintang garisan yang panjang adalah lambang kesetiaan. Anda seorang yang setia pada sesuatu yang anda pernah alami atau setia pada seseorang.

‘T’ dengan lintang yang sempurna pula bermaksud anda adalah seorang yang yakin pada diri sendiri. Anda suka menyuarakan pandangan anda dan berada di kedudukan yang kelihataan dari jauh.

Jika pendek garis lintangnya, anda adalah seorang yang malas. Kemalasan anda terbawa-bawa sehingga dalam penulisan anda.

Sesudah mencuba, apa kata anda? Menarik. Anda kini boleh mengambilnya sebagai langkah mudah ini untuk mengenali seseorang. Selamat mencuba.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply