Hiburan Semasa Viral

Al Fatihah, Man Dayak Meninggal Dunia.

Perkongsian

KUALA LUMPUR: Pemain dram kumpulan Lefthanded yang dikenali dengan nama Man Dayak, meninggal dunia kira-kira jam 12 tengah malam tadi selepas mengadu sesak nafas. Vokalis kumpulan itu, Nash, memberitahu Allahyarham Man Dayak atau nama sebenarnya, Abdul Rahman Othman, 54, meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung, lapor Berita Harian Online.

“Saya mendapat panggilan tengah malam tadi dan terus bergegas ke rumah arwah di Skudai Kiri, Johor. Syukur saya sempat sampai dan bersama rakan-rakan termasuk Man Kidal menguruskan jenazah arwah,” katanya yang sedang mengendalikan urusan memandikan jenazah.

Nash berkata, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Alif, Jalan Tampoi, Johor Bahru. Nash berkata, arwah adalah sahabat yang berbakat besar dalam bidang muzik.

“Arwah membuat keputusan berhenti daripada kumpulan Lefthanded kerana mahu menumpukan perhatian kepada perniagaan. Beliau mempunyai jiwa yang besar dan fokus dalam melakukan sesuatu kerja. Arwah juga antara pemain dram terbaik negara,” katanya.

Menerusi laman Facebook Nash hari ini berkata, dia mendapat khabar sedih itu daripada Hafiz dan pemergian Man Dayak amat dirasai.

“Sesungguhnya saya sangat terasa kehilangannya. Arwah seorang sahabat yang sangat kelakar orangnya, baik hati dan budinya serta mempunyai jiwa yang sangat penyayang terhadap anak-anak dan keluarganya. Kini semua itu tinggal kenangan.

“Arwah merupakan hamba seni yang menggunakan kudrat tenaganya mencari sesuap nasi kini menjadi kenangan buat peminat peminatnya,” kata Nash.

Selain Nash, Man Dayak dan Man Kidal, Lefthanded turut dianggotai Yan dan Allahyarham Samad yang meninggal dunia pada tahun 2008 pada usia 45 tahun.

Menurut anaknya, Hafiz, Man Dayak mengadu sakit dada dan setibanya di hospital, doktor mengesahkan jantung ayahnya sudah tidak berfungsi.

Al fatihah buat penggiat seni muzik ini dan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan dipermudahka urusannya di alam sana. Amin. Takziah juga buat keluarga arwah Man Dayak.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply