Inspirasi Viral

‘Geng Ultraman’ Penuhi Hajat Kanak-kanak Derita Kanser

Perkongsian
FB_IMG_1457976460889
Impian kanak-kanak istimewa ini untuk bertemu Ultraman tercapai akhirnya

Impian seorang kanak-kanak yang menghidapi barah kanser untuk bertemu watak kartun animasi kegemarannya , Ultraman akhirnya tercapai apabila sekumpulan Ultraman muncul di hadapan rumahnya membuat kejutan yang pastinya akan diingati seumur hidupnya.

Gambar kanak-kanak yang dikenali sebagai Qayyum bersama sekepin kertas yang bertulis “Saya nak jumpa ultraman.Kalau saya dapat jumpa Ultraman, saya janji akan lawan kanser saya…:) ” itu membuat sekumpulan anak muda ini tersentuh dan mengambil inisiatif untuk memenuhi hajat Qayyum.

FB_IMG_1457976485223
Qayyum bersama enam jenis Ultraman

Lebih manis, salah seorang daripada Ultraman tersebut merupakan seorang pelakon dan pelawak terkenal tanah air iaitu Mohd Hannafi bin Razak ataupun lebih dikenali sebagai Ajak yang menganggotai kumpulan Shiro. Tindakan Ajak memenuhi impian Qayyum benar-benar membuka mata ramai lagi artis tempatan untuk sentiasa melakukan kerja-kerja amal dan menggembirakan hati orang lain.

Screenshot_2016-03-15-01-34-07
Gambar Ajak dan Adik Qayyum yang dimuatnaik dalam laman instagramnya

Dalam satu gambar yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, Ajak turut menggambarkan kegembiraan Qayyum apabila dapat bertemu dengan Ulltraman dan berkata Qayyum turut berselera ketika makan di samping Ajak mendoakan agar kanak-kanak tersebut terus tabah dan sembuh dengan segera.

Walaupun tindakan Ajak dan kawan-kawannya hanyalah lakonan namun bagi anak kecil yang baru berusia 3 tahun, ianya merupakan sesuatu anugerah yang paling bermakna dan bakal dikenang sampai bila-bila.

FB_IMG_1457976479621
Gambar kenangan bersama Geng Ultraman pasti cukup bermakna kepada anak-anak kecil ini

Apa yang pasti, tindakan Ajak ini merupakan satu usaha yang cukup mulia dan harus menjadi contoh kepada artis-artis di luar sana. Bukan sahaja aktif dalam bidang seni malah turut serta dalam kalangan masyarakat.

Mari sama-sama kita doakan agar adik Qayyum cepat sembuh daripada kansernya.

Amin

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply