Semasa

Netizen Perlu Berhati-hati Kongsi Berita Di Laman Sosial

Perkongsian
bunuh1
Berita yang dimuat naik oleh sebuah ‘page’ di Facebook

Netizen dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika ingin berkongsi apa-apa berita yang ditemui di laman sesawang Facebook ataupun lama sosial yang lain untuk mengelakkan daripada menyebar berita palsu kepada pengguna yang lain.

Terbaru, pengguna laman sesawang Facebook nyata tidak berpuas hati dan marah dengan sebuah ‘page’ yang memuat naik sebuah berita yang kononnya terdapat mayat seorang kanak-kanak yang dipotong-potong sebelum disumbat ke dalam sebuah bagasi lalu ditinggalkan di tepi jalan.

‘Page’ bernama Sungai Kapar Indah yang turut memuat naik dua keping gambar yang kononnya menceritakan kejadian tersebut dikecam hebat oleh netizen pada hari ini apabila pihak polis tampil menafikan kenyataan bahawa mayat tersebut adalah seorang kanak-kanak.

bunuh3
Gambar bagasi yang berisi mayat

Berikut adalah kenyataan daripada pihak polis berhubung kes tersebut:

KENYATAAN MEDIA POLIS SELANGOR BERHUBUNG KES JUMPA MAYAT DALAM BEG.
Polis Selangor dengan ini ingin membuat penjelasan berhubung satu kes dimana satu mayat dijumpai dalam sebuah beg pakaian didalam parit di Jalan Belimbing, Kampung Bukit Kapar, Meru, Klang, Selangor.
Pada 14/03/2016 jam lebih kurang 11:30 pagi ekoran maklumat yang diterima dari orang awam, pihak Polis telah menemui satu(1) mayat dalam sebuah beg pakaian di dalam parit, di Jalan Belimbing, Kampung Bukit Kapar, Meru, Klang. Keadaan mayat dianggar berusia dalam lingkungan 3 ke 5 hari dan dipercayai adalah mayat seorang perempuan dewasa yang identitinya belum dikenalpasti.
Bedah siasat (post mortem) keatas mayat akan dijalankan pada jam 9 pagi 15/03/2016 untuk mengenalpasti punca kematian dan bagi mengesahkan identiti mayat.
Pihak Polis sedang giat menjalankan siasatan dan sementara itu orang ramai diminta untuk tidak menyebar atau membuat apa-apa spekulasi berhubung kes ini tanpa mendapat fakta yang sahih dari pihak Polis.
Sekian.
Dato’ Abdul Samah bin Hj. Mat.
KETUA POLIS SELANGOR.
Bertarikh: 14 hb.Mac 2016.

Apapun, kita berharap agar penjenayah tersebut akan dihadapkan ke muka pengadilan dan kita juga harus sentiasa berhati-hati kerana jenayah berlaku tanpa mengira tempat dan masa.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply