Semasa Viral

Pemandu Treler Ditahan Polis.

Perkongsian

Melaka: Pemandu treler yang merempuh kira-kira 20 kereta yang di parkir di atas Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) kelmarin kini bawah tahanan polis.

Seperti yang dilaporkan dalam laman portal Harian Metro, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, suspek seorang lelaki berusia 50-an ditahan di Balai Polis Salak Tinggi, Sepang, Selangor, jam 5.12 petang semalam.

“Sebelum itu, suspek membuat laporan polis di balai terbabit kira-kira jam 3 petang, sebelum ditahan polis di balai terbabit.

“Pasukan dari Melaka Tengah sudah membawa suspek ke sini, kita turut menahan treler terbabit yang kini ditempatkan di Balai Polis Malim,” katanya.

Kejadian yang berlaku pada Ahad malam ketika orang ramai sedang asyik perlawanan bola sepak yang berlangsung antara PDRM dan JDT, dikhabarkan ada perkara yang tidak enak berlaku di luar stadium Hang Jebat. Llebih kurang 20 buah kereta dilanggar oleh sebuah lori ataupun treler. Difahamkan juga, kereta-kereta yang dilanggar itu diparkir di bahu jalan.

Dalam kehangatan perlawanan antara JDT dan PDRM pada malam tersebut yang juga berkesudahan JDT menang 2 gol tanpa balas. Dalam keseronokan penyokong JDT juga yang menang atas PDRM, siapa yang tahu nasib malang akan menimpa penyokong JDT apabila kereta mereka hancur dilanggar treler.

Kejadian malam itu mengingatkan kita pada kejadian treler yang melanggar lebih 10 kenderaan di kawasan pasar beberapa bulan lalu. Kejadian hampir sama apabila treler melanggar kenderaan yang diparkir. Netizen meluahkan pendapat masing-masing mengenai kes ini. Ada yang salahkan lori dan ada juga yag menyalahkan kereta yang diparkir secara double park. Takziah buat tuan empunya kereta yang menjadi mangsa rempuhan.

Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, penahanan suspek dibuat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

        

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply