Semasa Viral

15 Mac Genap 40 Tahun Usia Pelawak Terkenal, Arwah Yus Jambu. Al Fatihah.

Perkongsian

Masihkah semua ingat lagi dengan pelawak Yusri Edoo atau lebih dikenali sebagai Yus Jambu? Walaupun telah lama arwah meninggalkan kita, Pak Yus masih lagi dalam kenangan. Meninggal dunia akibat serangan jantung.  Lebih kurang empat bulan arwah meninggalkan kita, ramai yang masih taktahu . 15 Mac (semalam) adalah tarikh paling bermakna buat allahyarham

Semestinya pada tarikh tersebut ramai teman-teman rapat Pak Yus akan menyambutnya. Seandainya arwah masih ada lagi, genaplah sudah usia arwah yang ke 40 tahun.

Tanggal 30 November 2015 menyaksikan pemergian insan seni yang disayangi dan disenangi ramai, pelawak terkenal Allahyarham Yus Jambu akibat serangan jantung selepas mengalami sesak nafas ketika didalam kereta ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya sekembalinya dari sebuah program di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Menerusi laman portal Era FM, dalam mengingati hari lahir arwah, ramai rakan-rakan artis kembali berkongsikan kenangan dan juga memori bersama Allahyarham.

1. Tauke Jambu yang merupakan sahabat karib Allahyarham sempat memuat naik foto di Instagram malam tadi.

Untitledkn

2. Waris turut memuat naik foto kenangan bersama Allahyarham Yus Jambu.

Untitledkn

Semestinya pemergian arwah Yus Jambu memberi kesan yang mendalam buat rakan artisnya terutama sekali pelawak.  Walaupun jasadnya tiada lagi membuat kita tersenyum, namun lawak-lawak allahyarham masih lagi kekal dalam ingatan peminatnya.

Saat-saat akhir sebelum pemergiannya, arwah Yus Jambu menyertai pertandingan Juara Parodi bersama sahabat karibnya, Tauke dan juga penyanyi, Misha Omar. Mereka juga menggelarkan kumpulan mereka sebagai Kobis Pedas. Tuah menyebelahi kumpulan Kobis Pedas apabila dinobatkan sebagai juara rancangan tersebut. Namun sayangnya arwah Yus Jambu tidak sempat merasai kemenangan tersebut.

Semoga arwah Yus Jambu tenang di alam sana dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Lawaknya masih dirindui para peminat, sahabat dan keluarga. Al Fatihah.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply