Bisnes Viral

ABC gergasi yang unik!

Perkongsian

Macam-macam dunia makanan sekarang ni. Peniaga-peniaga Malaysia sendiri pun terutama anak-anak muda sudah semakin bijak menarik perhatian orang ramai untuk mencuba makanan yang dihasilkan menggunakan kreativiti tersendiri.

Selain cara pemasaran moden iaitu melalui media sosial, persembahan makanan yang penuh kreatif serta rasa makanan itu sendiri turut menjadi tarikan kepada orang ramai.

Siapa yang tidak kenal ABC atau air batu campur yang sememangnya digemari oleh setiap lapisan umur mahupun masyarakat. Kini, ABC juga tidak lari dari mendapat pelbagai sentuhan dan inovasi sebagai mengikuti perkembangan semasa dunia makanan serta tarikan terkini.

image

Jika sebelum ini, ABC diinovasikan menjadi pelbagai perisa dan tidak kurang juga pelbagai tambahan bahan seperti cendol, tapai serta pulut dan sekaligus nama ABC turut dibuat sedikit sentuhan dengan menukar namanya menjadi Air Batu Cendol, Air Batu Tapai dan Air Batu Pulut. Namun, ABC yang terbaru dijumpai dan telah dipopularkan dengan nama ‘Gunung’!

Sesuai dengan lokasi restoran dan nama-nama ABC yang ada perkataan gunung, saiz serta ketinggiannya sudah cukup mengiakan keunikannya oleh sesiapa yang pernah berkunjung di Restoran Pondok Pantai, Anjung Perdana dekat Tanjung Aru, Kota Kinabalu.

Bukan sekadar nama malah warna dan fizikal ABC gergasi ini cukup menarik perhatian para pengunjung. Gergasi? Sudah tentu ianya cukup besar. Wah! Boleh makan ramai-ramai ni.

Antara ABC ciptaan seorang peniaga wanita, Ain Natrah Mirdat, yang terdapat di Restoran Pondok Pantai ini ialah ABC Kelapa Gunung dan ABC Gunung Kinabalu.

Bentuk ABC Kelapa Gunung yang cukup unik serta bahan-bahan yang disertakan bersama ABC tersebut cukup memikat hati pengunjung.

Tidak kurang juga ABC Gunung Kinabalu yang tinggi menjulang dan berlapis-lapis membuatkan pengunjung pasti kagum dengan hasil tersebut.

Betulkah? Jom kita ‘nikmati’ gambar-gambar ABC yang terdapat di Restoran Pondok Pantai ini.

Ain Natrah Mirdat ketika menyiapkan menu ABC Kelapa Gunung di Restoran Pondok Pantai

 

Pelanggan menikmati ABC Gunung Kinabalu ciptaan Ain Natrah Mirdat

 

Keunikan ABC Gunung Kinabalu yang boleh didapati di Restoran Pondok Pantai

 

Ain Natrah Mirdat mencipta menu ABC Kelapa Gunung di Restoran Pondok Pantai
Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply