Cinta & Perhubungan Semasa

Dr Zakir Naik Jelajah Terengganu

Perkongsian

zakir1

Kerajaan negeri menganjurkan program bersama pendakwah ulung, Dr. Zakir Abdul Karim Naik di empat lokasi bermula 10 April ini.

Kunjungan pendakwah kelahiran Mumbai, India itu atas jemputan peribadi Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dalam satu pertemuan di Korea sebelum ini.

Orang ramai dijemput untuk mendengar ceramah isu semasa, diskusi agama dan menjelaskan mengenai dalil-dalil sepanjang program tersebut.

Lokasi ditetapkan penganjur pada malam pembukaan jelajah pada 10 April di Stadium Tertutup Gong Badak, pukul 9.00 malam.

Keesokan harinya iaitu 11 April (9.00 pagi) di Universiti Malaysia Terengganu;  Masjid Hadhari, Besut pada 12 April (9.00 malam) dan lokasi terakhir di Dewan Sri Amar, Chukai, Kemaman (9.00 malam).

Mengenai Dr. Zakir, walaupun latar belakangnya dalam bidang kedoktoran, namun beliau lebih dikenali sebagai tokoh perbandingan agama di peringkat antarabangsa.

Malah, sepanjang pembabitannya dalam bidang ini, beliau berjaya mengislamkan ramai orang di serata dunia dengan kepetahan hujah yang disokong dengan bukti sains dan fakta.

Kembara dakwahnya juga ternyata berkesan dan efektif apabila forum ceramah beliau sentiasa menarik minat ribuan hadirin dari pelbagai latar belakang agama.

Tidak hairanlah jika pendakwah terkenal dunia ini berjaya mengumpulkan hampir enam juta pengikut di laman sosial facebook miliknya!

Itulah huraian ringkas mengenai Dr Zakir.

zakir2
Dr Zakir Naik terkenal mengisalamkan islam di seluruh dunia

Namanya tidak perlu diperkenalkan dengan lebih terperinci lagi kerana beliau bukanlah ilmuwan picisan malah, rata-rata mengenali tokoh hebat ini.

Tahun 2013, pendakwah global ini juga turut dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1435M/2013 pada Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Ini membuktikan, kehebatan tokoh ini bukan hanya diperakui di negara luar malah, penglibatannya turut mendapat pengiktirafan di negara kita!

Dilahirkan pada 18 Oktober 1965, beliau sangat terkenal dengan teknik pidato serta debatnya sangat mantap dan berkesan.

Malah, setiap dakwahnya menggunakan dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis yang sahih serta beberapa kitab-kitab agama lain seperti Bible, Veda, Bhagwad Geeta dan Upandishads.

Bukan sahaja dalam melontarkan pandangan, malah beliau juga mempunyai kebolehan dalam mematahkan hujah pihak lawan dengan jawapan meyakinkan mengenai persoalan yang dikemukakan walaupun secara spontan.

Mula terlibat dalam bidang ini sejak 1991, sehingga 2002, beliau telah mengumpul lebih 1,000 ceramah di peringkat antarabangsa termasuk di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Arab Saudi, United Arab Emirates, Kuwait, Qatar, Bahrain, Oman, Afrika Selatan, Itali, Mauritius, Australia, Malaysia, Singapura, Hong-Kong, Thailand dan negaranya sendiri, India.

Menyelak pendidikan awal agamawan ini, beliau ditempatkan di St. Peter’s High School (I.C.S.E), Mumbai sebelum ke Kishinchand Chellaram College, Mumbai dan Topiwala National Medical College, Nair Hospital, Mumbai.

Setelah menamatkan pengajian dan berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Perubatan dan Bedah (MBBS) di University of Mumbai, India, hatinya mula berbelah bahagi.

Sehinggalah, pada 1991, beliau membuat keputusan untuk berundur dari kerjaya sebagai doktor perubatan dan berjinak dalam dunia dakwah.

Setelah memilih bidang dakwah, beliau mula aktif dalam melibatkan diri dengan aktiviti dialog antara agama.

Antara dialog yang paling berjaya ialah ketika bersama Dr.William Campbell dari Amerika Syarikat, pada 1 April 2000.

Pencapaian cemerlangnya dalam ilmu agama kurang daripada lima tahun membawa gelaran hebat buatnya iaitu, ‘Deedat Plus’ pada 1994.

Paling membanggakan, beliau turut menerima plag pada Mei 2005 sebagai anugerah daripada cendekiawan Islam, Ahmad Deedat yang terpahat “Son what you have done in 4 years had taken me 40 years to accomplish, Alhamdulillah.” (“Wahai anak muda, kamu hanya mengambil masa selama empat tahun untuk mencapai apa yang saya capai dalam tempoh 40 tahun. Alhamdulillah.”)

Selain aktif dalam aktiviti ceramah, beliau juga adalah Presiden Islamic Research Foundation (I.R.F) yang memiliki siaran Peace TV di Mumbai, Pengerusi I.R.F. Educational Trust, dan Presiden Islamic Dimensions, Mumbai.

Malah, sepanjang penglibatannya, beberapa buku telah berjaya dikarang termasuklah, Replies To The Most Common Question Asked by Non-Muslim, Quran And Modern Science – Compatible Or Incompatible, Concept Of God In Major Religions, Islam And Terrorism, Women’s Right In Islam – Protected Or Subjugated?, Al-Quran – Should It Be Read With Understanding? dan Is The Qur’an God’s Word?

Malah, ulama terkemuka ini mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam di atas kebijaksanaan pentadbiran dengan penyebaran Islam secara intelek iaitu penerapan nilai-nilai Islam ke dalam bangsa majoriti Melayu.

Sumber: Teganukita.my

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply