Hiburan

Emma Maembong “Terbang Ke Amsterdam Terjatuh Di Kedah!”

Perkongsian

Tergempar! Tajuk yang cukup menggemparkan sebenarnya membawa cerita lucu dan menghiburkan. Apatah lagi apabila digabungkan pula dengan cerita pontianak bertudung.

Itulah telefilem baru yang akan dilakonkan oleh Emma Maembong, Pontianak Sesat Dalam Kampung.

Kebiasaannya, penonton program televisyen atau filem digambarkan watak pontianak berambut mengerbang, namun begitu karya bergenre komedi terbitan Zeel Production ini cuba mencipta kelainan dengan menampilkan watak pontianak bertudung oleh Emma Maembong. Wah! Pontianak ni dah lah bertudung, cantik pula tu.

Rose Kembang, watak pontianak yang dipegang oleh Emma ini mengisahkan seorang anak pontianak yang perlu mencari darah manusia iaitu darah lelaki nakal bagi mengubati bapanya, lakonan Rahmad Mega, yang sedang nazak.

image
Pontianak bertudung lakonan Emma Maembong

Bagi menyelamatkan bapanya dan meneruskan misinya itu, Rose perlu turun ke alam manusia. Pada asalnya, Rose berhajat untuk terbang ke Amsterdam bagi mencari lelaki nakal tetapi dia terjatuh di Kampung Keriang, Kedah.

Oh! Ini puncanya Emma (Rose) terbang ke Amsterdam tapi jatuh di Kedah!

Di kampung berkenaan, Rose bertemu dengan seorang lelaki nakal bernama Yamin, lakonan Kamal Adli. Misinya sudah hampir berjaya bagi mendapatkan darah lelaki nakal tetapi menjadi rumit apabila Rose mula jatuh hati kepada Yamin.

Adoiiiiii dalam telefilem ni Rose jatuh hati kepada Yamin, di luar lokasi pun memang Emma kekasih Kamal Adli.

image
Emma Maembong dalam Pontianak Sesat Dalam Kampung

Namun, ia bukan watak hantu pertama yang dilakonkan Emma kerana sebelum ini beliau pernah memegang watak roh dalam drama Hantu Selfie, disamping Zizan Razak!

Kebetulan atau dirancang?

Walauapapun, untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kisah Pontianak Sesat Dalam Kampung, kita nantikan telefilem arahan Azmi Hatta, bekas suami Elly Mazlein ini ditayangkan pada April nanti.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply