Semasa Viral

Kereta Remy Ishak Hilang.

Perkongsian

Sekarang ini tengah heboh di internet tentang kehilangan kereta jenis Mistsubishi Triton berwarna hitam milik pelakon Remy Ishak yang hilang malam tadi di sebuah kedai berhampiran kediaman beliau.

Kereta dengan nombor pendaftaran WSB 7332 itu adalah aset pertama yang dibeli Remy Ishakhasil titik peluh sebagai anak seni dan beliau sudah menggunakan kenderaan itu untuk urusan kerja dna peribadi sejak 6 tahun yang lalu, lapor RotiKaya.

“Kereta ini menyimpan banyak kenangan dalam hidup saya. Biarpun sedih, saya reda dengan apa yang berlaku dan anggap ujian ini ada hikmah disebaliknya,” ujarnya kepada Harian Metro hari ini.

Screen Shot 2016-03-16 at 1.55.58 PM

Dek kerana ianya tersebar di laman sosial, rakan-rakan artis turut repost status Remy.

Menurut Remy Ishak sebelum singgah di kedai berhampiran kediaman untuk membeli barang keperluan beliau menghadiri satu sesi latihan pementasan Teater Cinduomato yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur bersama artis lain.

“Sebaik sahaja kembali dari kedai saya mendapati kereta sudah lesap. Saya segera menghubungi seorang rakan dan kami membuat laporan di Balai Polis Serdang setengah jam selepas kehilangan kereta itu,” tambahnya.

“Aku penat baru balik kerja, kau curi kereta aku. Jika ada sesiapa ternampak sila hubungi 0136293825,” tulisnya dengan nada sedih.

Pelakon lelaki Remy Ishak mohon bantuan orang ramai sekiranya menjumpai kereta pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton hilang semalam.Remy Ishak turut berharap jika ada sesiapa ternampak atau menjumpai kereta tersebut supaya segera menghubungi beliau atau pihak polis untuk tindakan seterusnya.  Bertabahlah Remy Ishak, mungkin ujian untuk rezeki yang lain pula.

Remy turut menyertakan nombor telefon 013-6293825 yang boleh dihubungi orang ramai sekiranya  terjumpa keretanya di mana-mana lokasi berhampiran.

Semoga kereta Remy ditemui semula dalam keadaan yang baik. Bertabah ya Remy Ishak. Pasti ada hikmah disebalik yang berlaku. Mungkin Allah akan gantikan rezeki yang lebih baik. Insya Allah.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply