Semasa Viral

Pengantin “kanak-kanak” beri penjelasan

Perkongsian

Kecoh! Kecoh satu Malaysia apabila tersebarnya gambar “kanak-kanak” 10 tahun berkahwin dengan seorang gadis 19 tahun!

Seperti biasa, bila berita sensasi dan menggemparkan pasti menjadi bahan viral yang panas. Lebih panas bila pelbagai persepsi tidak baik terhadap lelaki “kanak-kanak” tersebut.

Bukanlah sesuatu yang memalukan bagi seorang pengantin lelaki yang menjadi viral di internet setelah gambar perkahwinannya dimuatnaik ke dalam laman sosial Facebook oleh kakaknya, Atikah Farisyaa, 24, beberapa hari lepas.

Gambar majlis perkahwinan Mahamad Fitra Mahamad Tahid bersama isterinya, Nurul Syazwani Mustafa, yang menjadi viral

Mahamad Fitra Tahid, 20, tampil memberi penjelasan agar salah faham ini tidak terus menjadi pelbagai tohmahan orang ramai.

Bagi Mahamad Fitra, segala ejekan dan cemuhan orang ramai terhadapnya tidak membuatkan beliau berkecil hati kerana memahami salah anggap orang ramai yang mendapati beliau kelihatan seperti kanak-kanak berusia 10 tahun ketika berkahwin.

“Saya tidak ambil hati dengan tanggapan masyarakat selepas gambar perkahwinan kami menjadi viral dan mendapat perhatian pengguna laman sosial. Wajah keanak-anakan itu sebenarnya disebabkan masalah kesihatan yang saya hidapi iaitu Talasemia Major sejak berusia 10 bulan.

“Doktor pernah memberitahu bahawa akan berlaku masalah pertumbuhan dari segi fizikal ke atas diri saya dan saya percaya wajah seperti kanak-kanak hari ini adalah salah satu faktor daripada penyakit yang saya alami selama ini,” katanya yang telah mendirikan rumahtangga dengan pasangannya, Nurul Syazwani Mustafa, 19, pada Ahad lepas selepas tiga tahun berkenalan.

Bukan hanya menjadi perhatian orang ramai dan tetamu di majlis sebelah pihak pengantin perempuan, malah pegawai agama juga tidak percaya sewaktu mereka ke pejabat agama untuk urusan perkahwinan sehingga terpaksa menunjukkan kad pengenalan.

Nur Syazwani pula menerima suaminya seadanya biarpun Mahamad Fitra sering menjadi perhatian masyarakat.

“Saya tidak kisah apabila ada mengatakan suami saya seperti usia 10 tahun. Keadaan ini langsung tidak mengganggu perhubungan kami sejak berkenalan tiga tahun lalu sehingga sah menjadi suami isteri,” katanya.

Haaa, inilah kisahnya. Viral itu tidak salah tetapi sesuatu berita jangan ditambah pula dengan perkataan-perkataan atau ayat-ayat yang tidak baik berbentuk fitnah, cemuhan, ejekan dan sebagainya. Kita doakan hubungan mereka terus berkekalan dan diberkati Allah.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply