Semasa

Gambar Menara Tertingggi Malaysia Merdeka PNB118, No. 2 di Asia

Perkongsian
KL118_render
Winning Design- Merdeka PNB 118 – Fender Katsalidis

1317012972_large

Tahun 2024 akan menjadi tahun bersejarah Negara dengan pembinaan Menara Merdeka PNB118 yang diperkenalkan di bawah projek pembangunan Warisan Merdeka. Menara tersebut yang terletak berhampiran dengan Dataran Merdeka bakal memeriahkan lagi pusat tumpuan penduduk di ibu kota. Nama yang diperoleh daripada syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu diberikan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Najib dan diumumkan di khalayak ramai bersempena majlis perasmian projek tersebut semalam.

image
Merdeka PNB 118
Location Sumber Malaysiakini 2012
Location Sumber Malaysiakini

 

PNB secara rasminya merupakan syarikat pembangun yang akan menjayakan projek Mega tersebut dan pemilik kepada 60 daripada 80 tingkat pejabat yang terletak di menara itu nanti. Kewujudaan Menara tersebut akan menaik taraf ekonomi setempat dengan galakkan 10 ribu pekerjaan.

“Projek ini dijangka mencipta rantaian faedah ekonomi utama dan sampingan kira-kira RM11 bilion. Di samping menggalakkan aktiviti ekonomi, projek ini akan memberi nilai tambah dengan jangkaan mewujudkan lebih 10,000 peluang pekerjaan,”  Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, Pengerusi PNB sumber Utusan

 

Ranked Asia Skycraper Sumber Malaysiakini 2012
Ranked Asia Skycraper Sumber Malaysiakini 2012
8365052954_2a4817bf5b_b
Merdeka PNB118 middle of Kuala Lumpur

Ketinggian bangunan tersebut adalah 630 meter yang mana di luar jangkaan asal pada 2012 iaitu 600 meter. Pertambahan ketinggian tersebut meletakkan menara tersebut sebagai Menara Tertinggi di Malaysia dan menara kedua tertinggi di Asia selepas Burj Khalifa di Dubai dengan mempunyai 118 tingkat.

 

MTower2
Menara Merdeka PNB118 : Berbucu-Elegant

 

warisan
Draft of Design

 

Majlis Perasmian Sumber Thestar
Majlis Perasmian Sumber Thestar

RM 5 Billion diperuntukkan untuk menyiapkan projek mega bangunan tersebut yang akan menempatkan tingkat pejabat, hotel dan tapak perniagaan dan bersambung dengan stesen Monorel dan LRT.  Kos tersebut termasuklah pembinaan 105 Lift yang termasuk 12 buah Lift bekelajuan 10 m/s.  Ini bakal menjadikan pergerakkan lift terpantas antara tingkat ke tingkat di Malaysia. Kepakaran rekaan yang menarik digalas oleh syarikat Australia, Fender Katsalidis Architects yang mengetengahkan konsep rekaan berbucu dan elegant. Konsep rekaan bangunan hijau tersebut bukan sahaja gah malah melengkapi triple green building platinium selaku bangunan yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply