Inspirasi

6 Sebab Anda Patut Bangga Walaupun Berkulit Gelap.

Perkongsian

Sekarang ni ramai wanita inginkan kulit putih bak wanita Korea.

Bukan itu saja, produk untuk putihkan kulit pun dah berlambak-lambak dekat pasaran. Pilih je mana yang berkenan.

Ada juga wanita yang obsess nak putih sampai sanggup buat injection.

Jangan nak obses sangat nak putih sampai rosakkan kesihatan. Itu kan cipataan Yang Maha Esa.

Jadi, untuk wanita-wanita yang berkulit gelap, jangan malu dengan warna kulit anda. Bahkan, anda patut bangga. Nak tahu sebab apa?

 

1. Terhindar dari risiko kanser kulit

Mereka yang berkulit cerah lebih cenderung untuk terkena kanser kulit berbanding mereka yang berkulit gelap. Di sebabkan itu ramai la omputih sibuk nak tanning kulit.

2. Lambat berkedut

Ini salah satu kelebihan. Kajian membuktikan, serat kolagen dalam kulit warna gelap lebih tebal dan lebih banyak berbanding dengan kulit putih yang memiliki serat kolagen lebih nipis.

3. Tahan sinaran ultraviolet

Mereka yang kulit gelap mempunyai tahap melanin yang tinggi. Melanin berfungsi untuk melindungi epidermis dan dermis dari bahaya sinaran ultraviolet. Memang orang gelap tak takut panas.

4. Warna kulit yang lebih hangat

Setiap orang mempunnyai jumlah sel-sel melanosit yang sama, mereka yang berkulit gelap mempunyai melanosit yang mampu menghasilkan melanin dalam jumlah banyak. Peningkatan melanin inilah yang menjadikan warna kulit yang lebih hangat.

5. Menghalang radikal bebas

Radikal bebas akan menyebabkan kerosakan sel-sel kulit. Melanin berperanan mencegah kerosakan kulit yang disebabkan oleh radikal bebas. Melanin juga berfungsi untuk menjaga kelembaban kulit dan elak dari kekeringan serta pecah-pecah.

6. Diminati ramai

Yang ini khas untuk lelaki, hakikatnya taste wanita lebih kepada lelaki yang berkulit gelap. Kerana lelaki yang berkulit gelap kelihatan lebih macho dan segak. Bukannya lelaki berkulit putih tidak macho, tapi machonya tu lebih pada lelaki yang berkulit gelap. Tak percaya? Tanya wanita yang lain!

 

Ha, lepasni tidak perlu lah anda merendah diri memiliki kulit gelap. Kerana kulit gelap banyak kelebihannya. Lihat saja artis yang berjaya seperti Remy Ishak, Nabila Huda antara yang memiliki kulit gelap tapi masih digilai peminat.
Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply