Hiburan Semasa Viral

Al Fatihah. Adnan Abu Hassan Telah Meninggal Dunia.

Perkongsian

adnan-1

Takziah kami ucapkan kepada keluarga komposer terkenal, Datuk Adnan Abu Hassan, 57, yang telah meninggal dunia tengah malam tadi selepas dilaporkan kritikal di Hospital Selayang, di sini kerana serangan angin ahmar, diabetes dan kegagalan buah pinggang berfungsi.

Jenazah Adnan akan disembayangkan di Masjid Al-Falah dan dikebumikan di Sungai Ramal, Kajang.

Sebelum ini, beliau telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital berkenaan dan terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Sebelum ini, Pengurus Artis & Repertoire Luncai Emas, Sham Amir Hussain berkata, doktor mengesahkan keadaan komposer itu sedang tenat malah turut meminta ahli keluarga berada di sisinya untuk memberikan semangat.

“Sejak dimasukkan ke hospital awal pagi tadi, beliau hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

‎“Doktor juga ada meminta ahli keluarganya berada di sisi untuk memberikannya semangat,” katanya.

Pencipta lagu Helen Yap adalah antara aktivis seni terawal menulis mengenai kepulangan Adnan awal pagi ini.

Melalui Facebook dia berkata industri muzik negara mengalami kehilangan besar dengan kepulangan Adnan ke rahmatullah.

“Rakan saya, seorang penulis dan penerbit lagu terkenal, alumni Berklee Datuk Abu Hassan baru saja meninggal dunia beberapa minit lalu.

“Pemergiannya arwah adalah satu kehilangan besar buat industri muzik tanah air”

“Saya baru saja kehilangan rakan seperjuagan selama 36 tahun,” katanya.

Adnan dikatakan diserang angin ahmar pada November tahun lalu dan penyakit itu datang semula kira-kira dua minggu lalu.

Selain menjadi penggubah lagu dan penulis lirik allahyarham juga berbakat besar sebagai penerbit album serta penyanyi.

Memetik laporan BH Online, Sebelum ini, arwah pernah menaikkan nama penyanyi seperti Fauziah Latiff, Siti Nurhaliza, Misha Omar dan juga Liza Hanim. Malah namanya juga turut dikenali menerusi karyanya yang meraih pengiktirafan termasuk Teratai Layu Di Tasik Madu, Jerat Percintaan, Bunga-Bunga Cinta serta Puncak Kasih.

Semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al fatihah

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply