Semasa Viral

AL-FATIHAH: Azizan Ayob, Mangsa Pertama Strok Haba.

Perkongsian

image (1)

MELAKA : Seorang pelatih PULAPOL, Konstabel Pelatih Azizan Ayob, 23 tahun menjadi mangsa pertama yang meninggal akibat strok haba. Azizan disahkan meninggal dunia jam 10.26 malam semalam ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Segamat selepas dia dilaporkan pitam ketika menjalankan orientasi di Pusat Latihan PULAPOL.

 “Kami sekeluarga reda dengan pemergian arwah, apa yang penting cita-citanya bergelar anggota polis tercapai,” kata Norhayati Shamsuddin, 54 tahun ibu kepada mangsa.

Menurut Norhayati, anaknya begitu teruja sebaik menerima waran mengikuti kursus itu kerana dia merupakan satu-satunya anak lelaki yang akan menyambung kerjaya ayahnya yang juga seorang polis. Anak keempat daripada 5 adik beradik ini ditawarkan untuk menyertai perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas dua kali percubaan dan melaporkan diri untuk memulakan kursus di PULAPOL Batu Anam, Segamat Ahad lalu. Dia dan suaminya sangat gembira dan menemani arwah untuk melaporkan diri di pusat latihan tersebut. Dia tidak menyangka bahawa kegembiraan yang dikongsi mereka merupakan pertemuan terakhir mereka. 

“Arwah seorang yang pendiam, tetapi dia kelihatan teruja untuk melaporkan diri bagi memulakan latihan. Malah semua persiapan ke sana dibuat dengan teliti, daripada membeli pakaian sehingga kepada kelengkapan lain. Saya ada bermimpi berjumpa arwah dua kali. Apabila disuarakan kepada suami, dia memberitahu mungkin kerana perasaan rindu pada anak kerana kami amat rapat,”

“Walaupun begitu, hasrat beliau untuk menjadi anggota polis tercapai dan pemergiannya yang diiringi rakan dan anggota polis sebagai istiadat penghormatan pasti mengembirakan dirinya walaupun dia tidak sempat bertugas sebagai seorang polis.” katanya.

Jenazah Azizan Ayob dibawa ke rumah keluarganya pada jam 5 pagi semalam sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tangga Batu pada jam 10 pagi. 

Sementara itu, Pengarah Hospital Daerah Segamat Dr Aman Rabu mengesahkan bahawa punca kematian arwah adalah disebabkan strok haba yang mengakibatkan sistem sel dalam badan arwah tidak berfungsi. Al-Fatihah buat arwah.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply