Fesyen & Gaya Hidup Inspirasi

Bacaan Solatmu Mengoncang Jiwa Berdosamu

Perkongsian

Kemajuan melekakan kita sehingga tergelincir daripada mencari landasan Islam yang sebenar. Agak pelik apabila kita gagal menangkis segala masalah dan sengketa dunia ini walaupun kita mengerjakan solat lima waktu sehari semalam.

“Barang siapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.”

Sabda Rasulullah s.a.w ,Tabyinul Mahaarim

Adakah kita tergolong dalam golongan yang memelihara solat? Tahukah kamu apa yang kamu lafazkan ketika solatmu? Atau Cuma bacakan sahaja apa yang diPAKSA hafal oleh Ustazmu? Bacalah beberapa makna bacaan dalam solatmu bagi menyemai benih-benih keinsafan dalam diri yang hanyut ini.

Bacaan Iftitah
Bacaan Iftitah

Bacaan Iftitah

Allah yang Maha Besar lagi Sempurna Kebesaran-Nya,

Segala Puji bagi Allah dengan banyak,

dan Maha Suci Tuhanku sepanjang pagi dan malam,

Kuhadapkan muka-hatiku kepada Allah yang menjadikan langit dan bumi,

dengan keadaan suci lagi berserah diri; dan aku bukanlah dari golongan orang-orang Musyrik.

 Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku, Matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Tidak ada sekutu bagi-Nya, demikian aku diperintahkan, dan aku adalah termasuk ke dalam golongan orang-orang muslim.

 

Pada waktu kita melafazkan Iftitah, kita sedang berdiri dengan wajah tunduk dan hati kita memandang ke hadapan ke arah Kaabah Kota Suci di Mekah. Kita berikrar sepanjang kehidupan kita agar tunduk kepada Allah s.w.t untuk menjadi orang muslim yang tawaduk. Dengan segala pengertiaannya sehingga kematiaan pun untuk Allah s.w.t.

 

jemaah

Bacaan Antara Dua Sujud

Tuhanku,

Ampunilah bagiku,

Dan rahmatilah daku, dan cukupkanlah aku,

Dan angkatlah (darjat) ku, dan berikanlah daku rezeki,

Dan berikanlah pertunjuk bagiku,dan sihatkanlah daku,

Dan ampunikanlah daku.

 

Ketika duduk antara dua sujud, kita memohon keampunan dan mengharap keberkataan hidup. Sekarang mengertikah anda, sepanjang solatmu selama ini mengoncang akan jiwamu. Sayang akal fikirmu tidak mengerti akan maknanya. Betapa engkau lafazkan penyerahan diri terhadap Tuhanmu, Allah s.w.t. dan memohon belas-Nya untuk meberi segala keberkataan buat hidupmu sedang engkau tidak mengetahui apa yang engkau hajati. Mulai sekarang, sama-samalah kita memelihara solat kita baik niat, lafaz dan geraknya. Kita sudah tingkatkan setapak kesedaran berbanding diri kita yang dahulu. Biarlah penat dilafaz  sepanjang hidupmu tatkala anda sudah memahami apa yang engkau doakan sepanjang solatmu. Semoga Allah memaafi kita yang berdosa ini.

 

 

Perkongsian

Comments

comments

Tags
Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply