Fesyen & Gaya Hidup Inspirasi Viral

Bagaimana Hendak Menjadi Orang Yang Baik?

Perkongsian

Bagaimana hendak menjadi orang yang baik? Usaha untuk menjadi orang yang baik merupakan sebuah perjuangan nafas panjang. Sekali baik, belum tentu akan baik selamanya. Betapa hawa nafsu dan syaitan sentiasa berusaha menggagalkan manusia baik hingga saat sakaratulmaut sekalipun! 

Oleh itu beberapa kaedah boleh digunakan untuk berterusan menjadi baik dan mestilah dilaksanakan sepanjang hayat:

1. Sentiasa berada di tempat yang baik

download (6)

Carilah masjid dan surau supaya dapat memberikan suasana yang kondusif untuk menyuburkan iman dan Islam. Duduklah dan ikutilah program-program agama yang diatur oleh pihak masjid. Pastikan anda menjadikan masjid dan surau sebagai tempat ‘rehat dan rawat’ untuk mengubati ujian hidup. 

2. Cari kawan yang baik

Financial-adviser-or-business-mentor-help-team-partner-up-to-profit-growth

Kita adalah siapa yang kita berkawan. Berkawanlah dengan orang yang baik supaya kita juga termasuk dalam golongan orang yang berbuat baik. Seorang kawan yang baik adalah seorang yang sentiasa mengingatkan kita apabila terlupa dan leka. Akrablah dengan kawan yang baik ini dan jangan sesekali memutuskan hubungan silaturrahim.

3. Sibukkan diri dengan kebaikan

Cara menjadi orang yang baik ialah membuat kebaikan. Ingatlah kita melakukan kebaikan bukan kerana kita sudah menjadi orang yang baik, tetapi menunjukkan usaha kita untuk menjadi orang yang baik. Bicaralah yang baik-baik sahaja di mulut supaya menghalang lidah daripada pertuturan yang jahat. Cakaplah perkara yang baik kerana fikiran dan perasaan mudah dipengaruhi oleh ucapan yang baik.

4. Jadikan orang yang baik sebagai mentor

how-to-find-right-mentor

Carilah guru yang baik sebagai mentor untuk mendidik rohani menjadi orang yang baik. Pilihlah tokoh-tokoh seperti para rasul dan sahabat nabi yang mempunyai kebaikan peribadi supaya kita boleh menggunakan mereka sebagai kayu ukur dalam berfikir dan bertindak.

5. Baca, tonton dan dengar yang baik-baik

Sentiasalah bergaul dengan orang yang sentiasa membaca dan menuturkan kata-kata yang baik seperti kata-kata motivasi. Pastikan juga kita membaca, menonton dan mendengar yang baik-baik sahaja supaya hati kita bersih dan mendorong kita untuk membuat kebaikan.

6. Tolak orang jahat menjadi rujukan dan sanjungan

Jangan jadikan orang yang menentang syariat dan bangga melakukan dosa sebagai rujukan dan sanjungan. Jangan ditiru cara hidup mereka yang penuh kelalain sama ada dari perkara yang kecil-kecil hingga ke perkara yang besar-besar.

7. Berdoa

Praying-A-psychological-treatment

Berdoalah kepada Allah supaya dipermudahkan jalan menjadi orang yang baik. Jangan lupa akan kehebatan doa. Doa itu merupakan satu permulaan dan pengakhiran dalam perjuangan orang yang baik. Doa jugalah penawar, perisai dan bekalan!

Menjadi orang yang baik itu sangat sukar, tetapi menjadi orang yang jahat juga jauh berganda-ganda lebih sukar. 

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply