Fesyen & Gaya Hidup Inspirasi

Dunia Tempat Kita Beramal, Rebutlah Peluang!

Perkongsian

kuburan2dq

Sabda Nabi Muhammad S.AW :”Si mati akan diiringi oleh tiga perkara: keluarganya, hartanya dan amalannya. Dua daripadanya akan kembali, hanya satu sahaja yang akan tinggal bersama si mati. Keluarga dan hartanya akan kembali manakala amalannya akan kekal.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Apabila manusia sudah meninggal dunia, amalan itulah yang akan menemani kesepiannya di kubur. Dia akan diberikan kenikmatan jika amalannya baik, diberikan seksa kubur yang dahsyat jika amalannya buruk.

Disebutkan dalam hadis Nabi Muhammad SAW, amalan baik akan datang kepada si mati dalam rupa bentuk lelaki yang berwajah cantik dan berbau harum. Dia akan berkata “Terimalah khabar yang akan mengembirakanmu.” Lalu si mati akan bertanya, ” Siapakah engkau? Sungguh rupanya rupa orang yang membawa kebaikan.” Lelaki itu menjawab: “Akulah amalanmu yang soleh.” 

apakah orang islam pasti masuk surga

Adapun amalan yang buruk, ia akan mendatangi tuannya dalam kubur dengan muka yang hodoh dan berbau busuk.Dia akan berkata “Terimalah khabar yang akan menyedihkanmu. Inilah hari yang dijanjikan untukmu.” Lalu si mati akan bertanya, ” Siapakah engkau? Sungguh rupanya rupa orang yang membawa keburukan.” Lelaki itu menjawab: “Akulah amalanmu yang buruk. Sungguh engkau dahulu lambat melakukan ketaatan tetapi cepat melakukan kemaksiatan. Kerana itu ALLAH membalasmu dengan kejahatan.” (Riwayat Abu Daud)

Ketahulah apabila manusia sudah meninggal dunia, mereka akan merayu-rayu untuk dihidupkan semula.

FirmanNya: “Kesudahan mereka apabila sampai ajal maut, mereka berkata: Wahai Tuhanku, kembalikan daku di dunia supaya aku dapat mengerjakan semula amal-amal soleh dalam perkara-perkara yang aku tinggalkan.” Surah Al Mu’minuun ayat 99-100.

FirmanNya lagi : “Dan mereka menjerit-jerit dalam neraka sambil merayu:Wahai Tuhan Kami, keluarkanlah kami daripada azab ini, kami akan mengerjakan amalan-amalan soleh, yang lain daripada apa yang kami pernah kerjakan.” Surah Fatir ayat 37.

neraka

Tetapi semua tahu, mustahil. Sangat mustahil untuk Allah hidupkan kita kembali dan melakukan amalan yang soleh kerana akhirat merupakan alam yang terakhir. Kehidupan di dunia sudah berakhir dan terimalah balasan atas perkara yang anda lakukan!

Oleh itu, masih tidak terlambat untuk bertaubat dan melakukan amal-amal yang soleh! Hari-hari yang kita tempuhi di dunia, adalah peluang yang sangat berharga untuk kita. Justeru orang yang bijak pandai adalah orang yang berkira-kira tentang kehidupan selepas mati. Semoga kita ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply