Semasa

Guna Nama Nasi Kak Wook Bakal Disaman!

Perkongsian

Nasi Kak Wook adalah nasi simple yang hanya mempunyai lauk ayam goreng dipotong kecil dan kuah kari dalca serta sambal belacan yang menyelerakan.

Nasi Kak Wook yang dijual dengan harga serendah RM4 hingga RM4.50

Jika di Kelantan, nasi ini amat popular dan menjadi target utama bagi mereka yang pulang ke kampung. Tambahan pula, harganya yang berpatutan dan mengikut kemampuan semua peringkat masyarakat iaitu diantara RM4 hingga RM4.50 turut menjadi punca nasi ini menjadi lebih popular.

Hari ini, Nasi Kak Wook bukan setakat popular di Kelantan sahaja malah sudah tersebar ke negeri-negeri lain. Bukan hanya orang Kelantan yang suka dengan keenakan Nasi Kak Wook ini. Ia sudah digemari dan dicari-cari oleh masyarakat negeri lain sehingga sudah ramai yang membuka “cawangan” di negeri-negeri lain.

Tetapi, adakah Nasi Kak Wook yang dicari dan dinikmati itu merupakan Nasi Kak Wook original? Atau sekurang-kurangnya rempah-ratus dan bahan-bahan serta resepinya yang original.

Nasi Kak Wook berasal dari negeri Kelantan iaitu lebih spesifik di Telipot, Kota Bharu. Dengan kepopularan serta harga berpatutan Nasi Kak Wook inilah menyebabkan ia menjadi sasaran penggunaan nama atau jenama ‘Nasi Kak Wook’.

Pekerja kedai makan Nasi Kak Wook, menyediakan nasi untuk pelanggan yang ingin membeli secara bungkus di Cawangan Telipot, Kota Bharu

Merata-rata tempat dapat dilihat jenama Nasi Kak Wook. Nasi yang sudah cukup sinonim dihidangkan tanpa pinggan dan hanya dibungkus menggunakan kertas pembungkus. Tapi, walaupun cara hidangannya sama namun, kadang-kadang pengguna dapati rasanya tidak sama. Ini yang dikatakan, hanya menggunakan nama ‘Nasi Kak Wook’ tapi hakikatnya ia bukan yang original “dihalalkan” oleh pemiliknya.

Nasi Kak Wook sudah sinonim dibungkus dengan menggunakan kertas pembungkus tanpa dilapik dengan pinggan

Oleh sebab terlalu banyak penggunaan jenama Nasi Kak Wook ini, maka pewaris Nasi Kak Wook, Mastura Ibrahim, 44, dan Maheran Ibrahim, 48, mengambil tindakan untuk mempatenkan jenama ini.

Pewaris Nasi Kak Wook, Mastura Ibrahim, 44, (kanan) bersama kakaknya, Maheran, 48

Haaa, hati-hati para peniru. Jangan sesuka hati menggunakan jenama ini lagi. Nanti tak pasal-pasal kena saman. Walauapapun, kita seharusnya berbangga dengan peniaga sekarang. Nasi bungkus pun dah ada paten sendiri. Lepas ni boleh buka untuk francais lah. Berani kerana benar, bijak menggunakan hak!

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply