Cinta & Perhubungan

Jodoh Di Depan Mata Tapi Anda Tidak Sedar!

Perkongsian

Jodoh, sesuatu yang sensitif untuk dibincangkan. Apatah lagi bagi mereka yang sudah “terlebih matang” namun belum menemui pasangan. Soal jodoh pasti menjadi sesuatu yang mengerikan.

Telah menjadi kebiasaan apabila membincangkan mengenai jodoh, sedikit sebanyak kita akan merujuk kepada orang baru yang cuba menarik perhatian kita. Sedangkan ramai yang tahu bahawa jodoh adalah ketentuan Tuhan. Tidak semestinya orang baru yang kita kenali, tetapi jodoh kita tanpa disedari mungkin juga seseorang yang sentiasa bersama kita sejak dulu lagi.

Jom kita lihat beberapa petunjuk bahawa kamu sebenarnya sudah menemui jodoh tapi tidak kamu sedari.

1- Kamu mengakui dia sebagai pendengar yang setia. Mendengar dengan sabar tanpa pernah mengeluh walau ceritamu berjela-jela

image

Dia selalu ada untuk mendengar segala luahanmu

Kekasih bukan, teman hidup pun bukan. Tapi entah kenapa, setiap kali ada masalah kamu pasti mencari dia. Tidak kira apa saja masalah sama ada masalah keluarga, kekasih atau masalah lain yang kamu tanggung. Kamu tetap akan mencari ruang untuk berbincang dengannya. Meluahkan segalanya kepada dia yang sekadar berstatus sahabat saja bagi kamu. Tapi, dia tidak pernah mengeluh dengan segala luahan hati kamu itu. Malah, dia menjadi pendengar setia dan memberi pendapat bila kamu memerlukannya.

2- Dia tidak pernah meninggalkan kamu walau kamu mempunyai kekasih baru. Malah dia sendiri ingin mengenali kekasih kamu itu

image

Dia akan menjaga kamu walaupun dia bukan kekasih kamu

Tidak bermakna dia tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap kamu, cuma dia mungkin lebih mementingkan kebahagiaan kamu daripada dirinya sendiri. Disaat kamu memutuskan untuk mencari orang baru untuk mengisi hari-harimu, dia tetap sedia disampingmu. Bagi memastikan hubungan kamu dan pilihanmu sentiasa baik. Disebabkan kamu dan dia sudah lama saling mengenali, tentu dia sudah faham kehendak hatimu. Itulah sebabnya dia ingin memastikan sama ada pilihan kamu tepat atau tidak.

3- Kehadirannya bersamamu membuat kamu berasa selesa dan bahagia. Itu saja

image

Bila dia ada bersamamu, kamu berasa lebih selesa

Sama ada kamu sedar atau tidak, dengan adanya dia bersamamu membuatkan kamu berasa lebih tenang dan selesa. Mungkin kerana memang sejak dulu dia sentiasa bersama kamu menyebabkan kamu rasa begitu. Keselesaan yang dia berikan bukan setakat ketika kamu sedang berjalan berdua. Malah, ketika kamu bersama sahabat-sahabat lain pun kamu tetap merasakan keselesaan yang berbeza jika kamu tahu dia ada bersama. Begitu juga jodoh. Bukankah jodoh itu adalah orang yang boleh membuatkan kamu rasa selesa?

4- Kadang-kadang jodoh itu memang sudah ada. Kamu belum saling menyukai. Tapi perhatian sudah ada

image

Perhatian yang diberikan kepada kamu adalah bukti bahawa dia mungkin jodoh kamu

Mungkin perhatiannya kepada kamu tidak sampai meluahkan “aku sayang kamu”, tapi dia setia menemani dan memberi nasihat kepada kamu. Sentiasa menanyakan mengenai kesihatan kamu hingga sanggup menemani dan menghantar kamu adalah bukti nyata perhatiannya terhadap kamu. Walaupun tidak diucapkan kalimah “aku cinta kamu”, sudah cukup dengan bukti-bukti itu bahawa dia mengambil berat dan memberi perhatian terhadap kamu. Yang tinggal cuma antara kamu dan dia belum mengetahui makna perasaan itu.

5- Sama ada disedari atau tidak, kamu berdua sama-sama terikat. Sejauh manapun usaha menjauhkan diri, akhirny tetap bertemu

image

Walaupun pernah berpisah, tapi akhirnya berjumpa kembali

Sudah berapa lama kamu tidak menghubunginya kerana kamu sibuk dengan urusanmu? Sudah berapa lama juga dia tidak menghubungimu kerana sibuk dengan orang yang dia fikir itu jodohnya? Seberapa lama kamu berdua cuba untuk berjauhan, tapi akhirnya kamu dipertemukan kembali. Tidak mustahil kerana sememangnya takdir sedang “bermain-main” dengan pertemuan kamu. Atau hatimu dan hatinya sememangnya tidak tertanggung untuk berjauhan lama-lama? Kalau begini pun kamu katakan bukan jodoh, habis tu jodoh tu sebenarnya macamana?

6- Jodoh ibarat refleksi diri. Tak perlu kata-kata darinya untuk membangkit semangat, sekadar melihat dia berusaha keras untuk hidupnya sudah cukup membuat kamu turut berusaha lebih giat

image

Melihat semangatnya membuatkan kamu termotivasi

Ramai yang mengatakan bahawa jodoh itu pantulan dari diri sendiri dan ianya tepat sekali. Ketika melihatnya berusaha keras untuk masa depannya, kamu terasa terbangkit semangat untuk turut berusaha juga. Ketika berbincang atau berbual dengannya, kamu selalu menjadi lebih semangat untuk menjadi lebih baik dari sekarang. Mungkin secara tidak sedar kamu juga ingin memajukan diri kamu untuknya. Itulah sebabnya kenapa dia sesuai untuk menjadi motivator kamu dan sekaligus merupakan jodoh buatmu. Bukankah jodoh itu pelengkap hidup, yang boleh membuatkan kamu terus berusaha untuk memperbaiki diri?

Haaa, itulah beberapa petunjuk orang yang berpotensi untuk menjadi jodohmu tapi kamu hanya menganggap dia sekadar sahabat sahaja. Cuba yer lihat orang-orang sekeliling kamu. Ada tak macam tu? Kalau ada, manalah tahu dia adalah jodohmu. Good luck!

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply