Inspirasi

Malulah Pada Pokok Kurma!

Perkongsian

Pada suatu hari Nabi SAW melontarkan teka-teki kepada para sahabat : “Beritahu aku tentang sejenis pohon yang sama seperti seorang Muslim,”

Abu Bakar dan Umar tidak menjawab. Kemudian Nabi SAW bersabda bahawa pokok itu adalah pokok kurma.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

make-over-agar-kurma-berbuah

Muslim disifatkan berkat kerana memberi manfaat kepada makhluk sejagat pada setiap saat. Seperti pokok kurma, setiap incinya menjadi manfaat. 

Putik dan bunga boleh dijadikan sebagai suplemen makanan. Buahnya sudah boleh dimakan walaupun masih muda. Sudah masak ranum apatah lagi, sudah mengering juga boleh dimakan. Bijinya juga mempunyai manfaat yang khusus. Ini baru tentang buahnya. Belum daripada daunnya, pelepahnya, sabutnya dan batangnya!

DARIPADA DAUN KALIMAH

  • Kipas tangan – Pada suatu masa dahulu inilah satu-satunya penyejuk pada musim panas.
  • Penyapu- Diperbuat daripada lidi-lidi daun
  • Tikar
  • Bekas dan Bakul
  • Tudung Saji
  • Atap bangunan- Sama ada dianyam atau disusun rapat-rapat. Atap masjid dan rumah Nabi SAW diperbuat daripada daun tamar.

DARIPADA PELEPAH

  • Sangkar – digunakan sebagai sangkar burung dan ayam
  • Bekas barang
  • Katil jemuran
  • Kayu Bakar
  • Sampan

DARIPADA SABUT

  • Tali
  • Alat memanjat pokok kurma
  • Isi bantal dan tilam – Bantal dan tilam Nabi diperbuat daripadanya
  • Dinding
  • Pintu dan atap rumah

DARIPADA BATANG

  • titi dan jambatan
  • Tiang rumah
  • Kayu api

DARIPADA BIJI TAMAR

download (7)

  • Celak mata
  • Kopi
  • Minyak pelebat rambut

DARIPADA BUNGA DAN PUTIK

PicsArt_1404511596443

  • Suplemen kesihatan – Amalan ini sudah dipraktikkan sejak dahulu lagi. Suplemen ini dikatakan mujarab untuk meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita serta khasiat buat ibu mengandung dan bersalin.

Setelah mati, manfaat pokok kumar adalah pada batangnya. Indutri perabot pada hari ini lebih mengutamakan kayu pokok palma seperti kurma dan pokok kelapa kerana kualiti kayunya yang lebih keras daripada oak. Seperti muslim, begitulah keadaannya setelah meninggal dunia. Kebaikkannya diingati, kenangan bersamanya menghibrkan. Ilmu yang dikongsi membina kehidupan, tinggalan hasil kerjanya terus diguna pakai.

Hebatnya pokok kurma! Setiap inci pokonya dimanfaatkan. Bagaimana pula dengan seorang Muslim? Adakah seorang Muslim lebih berguna daripada pokok kurma? Apakah yang dilakukan oleh seorang Muslim supaya dia menjadi orang yang berguna kepada masyarakat seperti pohon tamar tadi? Bagaimanakah jika kita sebagai seorang Muslim tidak memenuhi jangkaan bahawa seorang Muslim ibarat sebuah pokok tamar? Malulah pada pohon kurma!

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply