Cinta & Perhubungan Fesyen & Gaya Hidup

Perhubungan Jarak Jauh – Jangan Jadikan Alasan!

Perkongsian

Mendengar sahaja orang berbincang berkaitan perhubungan jarak jauh pasti ramai yang menyatakan tidak! Tiada pasangan yang sedang bercinta dan sudah berkahwinan ingin berada jauh antara satu sama lain. Kebanyakkan perhubungan jarak jauh biasanya berakhir dengan salah faham dan kewujudan orang ketiga.

Berikut kami kongsikan beberapa tip buat pasangan yang melalui perhubungan jarak jauh!

1. SALING MEMPERCAYAI

1

Dalam setiap perhubungan, sama ada secara jarak jauh atau jarak dekat, kepercayaan antara anda dan si dia amatlah penting. Tambahan lagi sekiranya anda berdua terpaksa berjauhan. Pasti ada waktu dan ketika anda dan si dia akan diuji ketika berjauhan.

Jangan pernah wujudkan perasaan ragu dan curiga, bahkan anda boleh memperkuatkan kepercayaan dan kekuatan cinta anda berdua. Tanpa kepercayaan, hubungan anda dan si dia boleh musnah begitu sahaja!

2. ROMANTIS

Romantic-Couple-Photography-Ideas-2

Anda boleh gunakan cara lama dengan menghantar surat buat pasangan anda. Pasti perbuatan ini nampak tidak releven, tetapi surat merupakan salah satu cara vintage untuk anda menyuarakan perasaan cinta anda. Surat juga memberikan impak memori yang kuat berbanding menghantar pesanan ringkas (SMS) dan e-mail.

3. SENTIASA BERDOA

Sentiasa berdoa agar hubungan yang terjalin antara anda dan si dia kekal bahagia dan diredhai. Walaupun si dia tidak tahu akan anda yang sering mendoakan hubungan kamu berdua, tetapi tuhan maha mengetahui. Luahkanlah perasaan cinta anda kepada tuhan kerana tuhanlah yang akan menjaga cinta anda dan si dia agar terus kekal!

4. JUJUR DAN SETIA

8a105da4f87168eb75b1b83cc624e3b0-500x679

Jujur dan setia merupakan perkataan yang senang diucap, tetapi perbuatan yang susah dilakukan. Kebanyakkan hubungan cinta yang kecundang disebabkan ketidakjujuran antara satu sama lain apabila berjauhan. Oleh itu berjauhan bukanlah satu tiket untuk anda mengaku diri bujang dan berjanji manis dengan wanita lain!

Jangan hancurkan hati pasangan anda yang memberikan seluruh kepercayaannya kepada anda tanpa ragu! Kebiasaanya ramai pasangan berjauhan akan jatuh cinta kepada orang terdekat yang bertindak sebagai pengganti dengan menunjukkan sikap mengambil berat kepada salah seorang daripada pasangan.

5. SELALU BERKOMUNIKASI

c33e27e6a3f80397b85add540ee508e5

Komunikasi merupakan elemen penting dalam sesebuah perhubungan. Salah faham sewaktu berkomunikasi juga boleh merosakkan hubungan anda. 

Anda boleh menggunakan medium seperti Whatsapp, WeChat, Facebook, SMS dan panggilan video untuk berhubung dengan pasangan anda. Apa kata anda luangkan masa 5 minit sehari untuk menghubungi si dia bertanya khabar?

6. RANCANG TEMU JANJI

1-speed-dating-brazil-brasil

Sudah pasti anda akan merindui si dia apabila berjauhan. Luangkan masa untuk berjumpa. Jadikan pertemuan singkat sebagai satu kenangan terindah antara anda berdua. Namun jika anda belum berkahwin, pastikan anda menjaga batas antara satu sama lain ketika berjumpa.

7. BERIKAN KEJUTAN

couple-flower-love-surprise-Favim.com-1208621

Sesekali selitkan elemen kejutan dalam perhubungan anda bagi mengelakkan hubungan cinta anda berasa bosan. Berikanlah hadiah atau apa-apa kejutan kepada si dia terutamanya ketika tarikh penting seperti hari jadi dan ulang tahu perkahwinan!

document.getElementById(“Leyout101″).style.display=”none”;The works themselves were largely devoted to expounding the miraculous virtues of Nendick’s cure all pills, with an appendix listing various outlets from which thye might be purchasedAnyone with information about this case is encouraged to call the Lincoln County Sheriff’s Office at 636 528 8546 and ask for the Major Case Squad.mcm backpack for sale
No Frank Williams down the stretch.portafoglio alviero martini
“Get in Shape.borse gucci

Out of the three, Wallace would be the hardest to trade due to his large contract (counts $17 million against the salary cap this season).mulberry outlet
For further details, download our APN Photos Ordering User Guide which gives a step by step outline of the online ordering process.cheap ray bans sunglasses
mulberry handbags uk

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply