Inspirasi Semasa

Program Halaqah Kongsi Peristiwa Hari Kiamat

Perkongsian

ALAM ghaib dan apa yang akan berlaku di masa hadapan adalah rahsia Allah SWT kerana Dia yang menciptakan alam ini serta makhluknya, maka hanya Dia berkuasa menentukan segala-galanya. Namun, sifat rahmat Allah SWT membolehkan manusia mengetahui sedikit sebanyak apa yang bakal dihadapi. Ia melalui petanda dan bukti yang didatangkan supaya makhluk dapat memahami serta bersedia menghadapi situasi itu berbekalkan ilmu pengetahuan diperoleh, termasuk dalam perkara berkaitan hari kiamat yang diimani umat Islam yang beriman kepada Allah SWT.

Hakikatnya, banyak ayat al-Quran dan hadis yang menjelaskan mengenai hari kiamat, malah kebanyakan umat Islam jika ditanya mengenai tanda kecil atau tanda besar berlakunya kiamat, masing-masing dapat memberi gambaran berdasarkan pembacaan serta maklumat dikongsi mengenainya.

Antaranya, fakta mengenai turunnya Nabi Isa, keluarnya Dajal, kisah Yakjuj dan Makjuj serta banyak lagi tanda-tanda berdasarkan dalil sahih. Cuma, mungkin tidak ramai mengetahui kronologi atau peristiwa menunjukkan kiamat makin menghampiri secara tepat.

Seperti yang dinyatakan dalam laman portal Berita Harian, program bual bicara keagamaan Halaqah yang bersiaran setiap Sabtu, jam 6.30 petang di TV9, yang membincangkan mengenai kiamat bertujuan memberi kefahaman kepada masyarakat dari segi urutan sehingga terlihat tanda-tanda besar berkaitan pengakhiran dunia ini. Penerbit dan hos Halaqah, Ahmad Noor Sulaiman berkata, program sebanyak 30 episod itu akan meningkatkan pengetahuan masyarakat yang ingin tahu mengenai hari kiamat, bermula daripada peristiwa alam dijadikan hingga kemusnahannya. Katanya, berdasarkan kajian dilakukan terhadap dalil al-Quran dan hadis sahih, banyak maklumat baharu yang menarik untuk diketahui mengenai hari kiamat yang secara tidak langsung membantu umat Islam, khususnya istiqamah melakukan ibadah bagi mencapai kejayaan di akhirat nanti.

“Ramai ingin mengetahui lebih mendalam mengenai kiamat khususnya golongan muda yang tahu serba sedikit mengenainya. Jadi, kita ambil inisiatif untuk mengangkat topik ini dalam perbincangan program Halaqah secara lebih terperinci.”

“Bukan untuk menakutkan tetapi lebih kepada memberi kesedaran dan sebagai motivasi. Semua yang dipersembahkan berpandukan wahyu Allah SWT dan hadis sahih disahkan pakar hadis yang masyhur. Malah, semua fakta disemak kerana ada yang tidak betul dan ditokok tambah,” katanya.

Antaranya, sesetengah kitab menyatakan Imam Mahadi akan turun di Menara Putih di Damsyik dan bakal berdepan tentangan daripada kerajaan ketika itu. Sebenarnya, banyak hadis menceritakan mengenai Imam Mahadi tetapi tidak selengkap itu.

Program Halaqah kali ini menampilkan dua ahli panel iaitu doktor perubatan, penulis buku dan pendakwah, Dr Danial Zainal Abidin dan Pensyarah Kanan Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Roslan Mohamed. Fakta yang ditekankan ialah supaya umat Islam berpegang dengan kepercayaan kepada hari kiamat yang juga Rukun Iman keenam kerana kisah berkaitan dengannya dinukilkan dalam wahyu Allah SWT dan sunah Rasulullah SAW.

Justeru, menolak hakikat turunnya Nabi Isa boleh merosakkan akidah, manakala Imam Mahadi walaupun tidak disebut dalam al-Quran tetapi hendaklah berpegang kepada hadis Rasulullah SAW yang menceritakan mengenainya. Begitu juga dengan dabbah, sejenis binatang yang keluar dari bumi ialah binatang merayap dan boleh bercakap. Mungkin ramai tidak mengetahui mengenainya tetapi perkara itu diceritakan dalam al-Quran serta hadis. Dabbah disebut dalam firman Allah SWT yang bermaksud:

“Antara tanda-tanda (kekuasaan-Nya) ialah penciptaan langit dan bumi serta segala makhluk yang melata yang bertebaran pada kedua-duanya. Dia Maha Berkuasa menghimpunkan mereka semuanya apabila Dia kehendaki.” (Surah al-Sura, ayat 29)

Sementara fakta matahari naik di sebelah barat, ada ulama mengkiaskan Amerika yang menguasai dunia, manakala ada juga mengatakan memang matahari akan naik di sebelah barat untuk satu hari sahaja kemudian apabila matahari turun maka pintu taubat akan tertutup. Ahmad Noor berkata, banyak lagi tanda-tanda kiamat yang akan dikongsikan dalam program Halaqah berserta maklumat baharu yang perlu diketahui supaya manusia tidak lagi leka kerana tanda kecil sudah kelihatan dan sekarang menjurus kepada tanda-tanda besar yang juga semakin dekat. Tanda-tanda besar kiamat yang akan berlaku menandakan permulaan kehancuran sistem peredaran alam dan mengetahui apakah tanda itu boleh menjadi satu kelebihan. Halaqah bersiaran setiap Sabtu, jam 6.30 petang dan siri ulangan dapat ditonton pada Isnin, jam 9 pagi.


Jom kita sama-sama menyaksikan rancangan ini sambil menambah ilmu pengetahuan mengenai hari kiamat. Allahu.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply