Fesyen & Gaya Hidup Semasa

‘Raksasa’ menunggu peminat motosikal

Perkongsian

Wow! Itulah ekspresi pertama yang akan keluar dari setiap mulut sesiapa saja yang melihat motorsikal ini. Kehebatan dan kecanggihannya memang menakjubkan. Selain itu, rekabentuknya juga cukup menarik dengan warna yang mempesonakan.

Itulah persepsi awal bagi sebuah motorsikal yang direka dengan mempunyai empat tayar dan tampak ekstrem selepas menggunakan enjin Maserati. Belum lihat lagi apa yang terdapat pada motosikal ini.

image

Motosikal binaan khas, Lazareth LM847 adalah hasil ciptaan Ludovic Lazareth yang berasal dari Perancis. Ia telah diperkenalkan sewaktu Pameran Motor Geneva.

Sebenarnya, ia bukanlah model ciptaan pertamanya. Sebelum ini, syarikat Lazareth Auto-Moto sudah mencipta beberapa model seperti Wazuma ‘quad bike’ dan Wazuma GT roadster.

Tetapi kali ini, hasil rekaaan Lazareth memberi impak besar dalam jentera binaan khas kerana ciptaannya dianggap luar biasa.

image

Jom kita mendekati motosikal luar biasa ini.

Motosikal ini dilengkapi dengan enjin V8 berkapasiti 4.7 liter yang berada ditengah-tengah motosikal yang menjadikannya kelihatan seperti raksasa dan enjin ini telah menjadi “watak utama” dalam pembikinan jentera ini untuk menampakkanya lebih besar.

Daripada segala rangkaian kuasa yang dibekalkan, ia mampu menyalurkan 470hp pada 7,000rpm, manakala 620Nm pada 4,750rpm bagi kuasa torknya.

Kita lihat tayar dan rim pula. Setiap rim dan tayarnya dilengkapi pangsi ayun (swingarm) serta mempunyai suspensi, selain kuasa hentian dikuasai brek jenama Brembo.

image

Wow! Sungguh menakjubkan.

Selain itu, jentera seberat 400 kilogram itu menggunakan kotak gear gandingan hidraulik satu kelajuan untuk menghantar kuasa ke roda belakang melalui pemacu rantaian kembar.

Wah! Bukan saja rekabentuknya yang menakjubkan, warna yang mempesona, tapi ditambah pula kelajuan yang membuat setiap peminat motosikal teruja untuk memilikinya. Beruntung sesiapa yang dapat memilikinya, tampak mewah dan gah di jalanan!

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply