Fesyen & Gaya Hidup

TANDA DAN RAWATAN : Bahaya Strok Haba!

Perkongsian

B-vGBMMUIAAcw86

Strok haba terjadi apabila suhu badan meningkat secara mendadak sehingga mencecah 40.6 darjah Celcius yang akan menyebabkan komplikasi dalam sistem saraf. Pusat kawalan suhu dalam badan manusia berfungsi mengekalkan suhu antara 36 -37 darjah Celcius bagi tujuan melindungi tisu badan.

“Apabila badan manusia terdedah kepada cuaca panas terlampau dalam jangka masa yang lama, sistem saraf akan gagal berfungsi mengakibatkan suhu badan tidak terkawal. Ia bukanlah strok yang disebabkan pendarahan otak ataupun saluran otak yang tersumbat,” ulas Pakar Kesihatan dan Kecemasan Hospital Colombia Asia, Dr Hanafiah Bashirun.

Tanda-tanda awal strok haba:

  • Pening kepala
  • Sakit kepala
  • Kurang berpeluh
  • Kaki dan otot menjadi kejang
  • Muntah
  • Kulit kering
  • Jantung berdebar
  • Sesak nafas
  • Pengsan atau tidak sedarkan diri
  • Sawan 
  • Mudah hilang fokus
  • Lidah menjadi bengkak
  • Denyutan nadi menjadi laju
  • Kulit menjadi kemerahan 
  • Kenaikan suhu badan melebihi 39 darjah celcius
  • Tekanan darah rendah
  • Badan menjadi lesu

Tanda pada tahap kritikal dan membawa kematian:

  • Kurang pernafasan
  • Tiada dengupan jantung
  • Mengigil seluruh badan
  • Peningkatan suhu badan
  • Hilang suara secara tiba-tba
  • Pengurangan langkah berjalan

Rawatan awal bagi pesakit yang mendapat strok haba:

  • Bawa mangsa ke kawasan redup dan teduh.rawatan stroke haba
  • Pasangkan kipas jika ada, pakaian mangsa perlu dilonggarkan untuk melepaskan haba yang terperangkap dan siram atau mandikan mangsa dengan air yang banyak.
  • Ais juga boleh diletakkan di celah ketiak dan kangkang kerana ia membantu menurunkan suhu badan dengan cepat sekaligus melindungi tisu badan daripada terkesan oleh suhu yang tinggi. 

Langkah percegahan atau penjagaan:

  • Elakkan aktiviti di kawasan panas untuk jangka masa yang lama.McKnights-Air-heat-stroke-natural-health
  • Anda boleh memakai pakaian yang nipis untuk mengelakkan haba terperangkap pada kulit.
  • Balut kelapa dengan kain yang basah sekerap mungkin dan banyakkan minum air sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari malah digalakkan untuk minum berlebihan.
  • Elakkan minum air berkafaein dan beralkohol yang akan menyebabkan dehidrasi berlaku dengan pantas.
  • Lebihkan minuman berisotonik yang dapat membantu dalam cuaca panas.
  • Dapatkan rawatang secepat mungkin
  • Kerapkan aktiviti menyejukkan badan seperti mandi dan berenang
Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply