Fesyen & Gaya Hidup Viral

Tip Mudah Qadha’ (Ganti) Puasa!

Perkongsian

Bulan Ramadhan bakal menjelang beberapa bulan lagi. Bagi individu terutamanya wanita yang masih tidak menggantikan puasa yang ditinggalkan pada Ramadhan yang lalu bolehlah menggunakan tips dibawah untuk mengadha’kannya! Jangan tangguh-tangguh lagi ya!

1. Puasa ketika anda bekerja, sekolah, kuliah

download

Pastikan jika anda ingin melakukan puasa ganti, puasalah ketika anda bekerja atau pada hari kuliah terutamanya pada hari Isnin dan Khamis. Manusia selalunya apabila mempunyai sesuatu pekerjaan untuk dilakukan, mereka akan lebih terleka dengan masa.

Berbeza pada hujung minggu, anda akan mempunyai masa yang terluang dan cepat merasa bosan. Ini akan menyebabkan anda terdorong mengisi masa terluang tersebut dengan makan, makan dan makan! Bukan itu sahaja, anda pasti akan kalah dengan aiskrim yang dibeli oleh adik anda, kek coklat moist yang dibuat ibu anda atau Pizza Hut yang dibeli oleh ayah anda pada hujung minggu nanti!

2. Ajak kawan

download (1)

Apa kata anda ajak kawan anda sekali untuk berpuasa dengan anda. Selalunya jika kita berpuasa sendirian perasaan untuk meneruskan puasa itu biasanya tidak akan tahan lama. Ajaklah dan berjanjilah dengan rakan anda untuk berpuasa bersama-sama!

3. Pilih tarikh dan hari

download (2)

Pastikan anda memilih tarikh bila dan hari apa untuk anda ganti puasa anda. Ikut jadual tersebut dan jangan ponteng puasa! Seeloknya jika hari ganti puasa anda adalah 8 hari, anda boleh memilih untuk mengganti 4 hari seminggu selama 2 minggu , atau 2 hari seminggu selama sebulan. Pilihan di tangan anda!

4. Sahur!

download (4)

Jika anda ingin berpuasa ganti pada hari tersebut, anda pasti akan mengalami godaan makanan daripada teman sepejabat dan rakan-rakan kuliah. Oleh itu anda harus memastikan diri anda cukup kenyang untuk menahan godaan nafsu makan anda.

Pastikan ketika bersahur anda mengambil makanan dengan kadar yang sederhana, tidak terlalu berlebihan dan tidak terlalu kurang. Amalkan makanan yang kaya karbohidrat, protein, buah-buahan dan sayur-sayuran. Pastikan anda mengambil jumlah air yang cukup bagi mengelakkan badan anda terhidrasi.

5. Elakkan berpanas

download (3)

Pastikan anda tidak terdedah kepada matahari terlalu lama terutamanya di musim panas ini. Elakkan juga  aktiviti fizikal yang berat.

Amalkan tip ini dan gantilah puasa anda dengan jayanya! Semoga berjaya!!

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply