Hiburan Viral

JIhan Muse : Siapa cakap tak laku

Perkongsian

Tahniah diucapkan kepada bakal pengantin baru Jihan Muse dan Ungku Hariz. Kedua mereka bakal bernikah pada esok hari bersamaan 11 jamadilakhir 1437 H  bersamaan 20 Mac 2016.

995317_1519154415056992_7296739313677144660_n
Tahniah Jihan Muse & Ungku Hariz

Jihan Muse yang mulai terkenal selepas mengikuti program Raja Lawak Musim ketiga 2009 itu antara bintang paling menyinar lahir daripada program tersebut. Ramai menjangkakan kegagalannya dalam industri hiburan disebabkan dia adalah seorang wanita yang bersaing dengan golongan lelaki.

Jihan Muse antara pelawak wanita yang paling laris dalam bidang hiburan. Namanya mulai meniti dan dipanggil berlakon untuk drama. Walau tidak begitu cantik dan agak kontot, dia yang sentiasa ceria dengan lawaknya tidak merasa tersisih daripada industri hiburan kerana sentiasa menerima pelawaan dan undangan mengacara dan pelaris majalah. Keunikannya juga menjadikan dia berdiri dalam liga nya yang tersendiri.

Selain nada kebanggaan para peminatnya, ada juga pengkritik yang tidak putus mengkritik semua tentang dirinya termasuklah rupa paras wajahnya. Dia dikatakan menjalani pembedahan plastik sehingga beribu-ribu ringgit untuk menjadi luar biasa cantik.

“Apalah salahnya tanya dahulu ataupun soal selidik lebih awal daripada empunya diri sebelum membuat kesimpulan tersendiri yang langsung tidak berasas. Bila masanya pula saya buat pembedahan di wajah? Saya masih sedar diri dan tidak sesekali melakukan perkara yang membazirkan wang ringgit itu,” Jihan Muse, Utusan

“Saya dah lima tahun dalam industri ini. Jadi, pengalaman berkenalan dengan ramai jurumekap membuatkan saya sedar pentingnya menjaga penampilan. Saya mula gunakan pencuci muka sebelum dan selepas bangun daripada tidur untuk mengekalkan kesegaran wajah. Saya turut belajar mekap supaya tidak kelihatan begitu selekeh. Walaupun saya seorang yang berimej ringkas, tetapi kekemasan dalam bergaya perlu diamalkan. Itu adalah petua yang pernah diberitahu kepada saya sebelum ini dan menjadi amalan pada hari ini,” Jihan Muse, Utusan

25478_378944940916_4042206_n

Namun berkat usaha gigihnya meningkat kemahiran dandanan dan menggunakan produk kecantikan, dia kini boleh berbangga dengan kejayaannya menjadi duta produk dan menghiasai majalah-majalah popular Negara termasuklah mengacara Anugerah Berprestij, Anugerah Planet Muzik 2015 yang mendapat sambutan luar biasa.

Cover Girl : Majalah Pengantin
Cover Girl : Majalah Pengantin
12079154_10153687062765917_7052206881638069937_n
Pengacara Jejak Jepun Jihan

Semalam majlis Berinai diadakan di Laman kaseh, Kuala Lumpur.  Jihan Muse kelihataan lebih teruja berbanding biasa. Dia yang SUDAH LAKU bakal diambil sebagai isteri dan teman hidup buat Ungku Hariz yang juga merupakan seorang pelakon. Berikut gambaran sekitar majlis Berinai itu berlangsung.

10363578_1519154828390284_5001659422567469618_n940981_1519283298377437_7742159514885912993_n1917804_1519153185057115_4454463296251849029_n1914065_1519152555057178_1783453204662615337_n

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply