Cinta & Perhubungan

Kemarau Melampau: Tanda Kiamat Semakin Hampir

Perkongsian
kiamat1
Antara tanda kiamat semakin hampir adalah kemarau berterusan selama tiga tahun

Kiamat itu adalah antara perkara yang telah dijanjikan oleh Allah. Namun Allah S.W.T merahsiakan tarikhnya supaya hambanya terus melakukan ibadah kepadanya. Namun, Allah S.W.T telah banyak mengatakan di dalam Al-Quran dan Al-Hadis tentang tanda-tanda kiamat kecil dan juga besar yang boleh dijadikan petunjuk dan juga sebagai ingatan kepada umat Islam supaya teguhkan iman mereka hanya kepada Allah.

Hari ini dunia mengalami cuaca panas yang melampau. Bukan sahaja di bumi Malaysia namun di seluruh dunia. Sesumgguhnya antara tanda kiamat semakin hampir adalah berlakunya kemarau yang berterusan.

Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah SWT dengan kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian.

Maka daerah mana yang percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada orang yang bersekutu dengan Dajjal. Manakala penduduk yang tidak mahu bersukutu dengan Dajjal, mereka akan tetap berada dalam kebuluran dan kesusahan.

Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan orang yang tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran. Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah SAW bertanya: ”Jadi apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu wahai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab: “Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.” (Hadis Riwayat Ibnu Majjah)

kiamat2
Dajal akan datang dengan kuasa yang luar biasa supaya manusia tunduk kepadanya

Nabi Muhammad S.A.W berpesan kepada seluruh umatnya, kunci untuk selamat di akhir zaman adalah dengan memperbanyakkan amal ibadat dan tidak lupa kepada Sang Pecipta serta dirinya.  Dalam kita leka tentang hal dunia, bumi bergerak pantas dan semakin tua. Ramai alim ulamak menyifatkan dunia sekarang begitu hampir kepada pengakhirannya.

Walau apapun, lakukanlah ibadah sepertimana yang disuruh oleh Allah dan tingkatkan amalan sunat supaya bekalan yang bakal dibawa nanti cukup untuk menghadap Allah.

Wallahualam.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply