Fesyen & Gaya Hidup Inspirasi Viral

Petua 10 Tahun Lebih Muda, Menawan

Perkongsian

Wanita mana yang tidak mahu kulit wajahnya 10 tahun lebih muda daripada umur sebenarnya. Apatah lagi apabila dipuji oleh rakan-rakan lain betapa cantik dan mulusnya kulit wajah! Pasti hati tertawa riang dipuji sedemikian. Di bawah kami kongsikan petua untuk kulit wajah lebih muda dan tegang dari usia sebenar anda!

1. Jenis kulit

download

Seiring pertambahan usia, kulit akan menjadi semakin kering, nipis dan sensitif. Pelembap biasa saja tidak cukup untuk kulit anda. Anda perlu pilih pelembap yang sesuai dengan kulit anda sama ada jenis kering, berminyak atau pun kombinasi keduanya. Pilihlah produk kosmetik yang memiliki deskripsi seperti untuk kulit kemerahan, berjerawat ataupun berkedut.

2. Senyum

getty_rm_photo_of_older_woman

Kajian mendapati kerap senyum boleh membuatkan kulit anda lebih muda daripada usia yang sebenar! 

3. Gunakan produk pada waktu yang sesuai

6a00e554e5d8fe883301a3fd445e06970b-800wi

Anda perlulah melakukan rutin penjagaan wajah secara teratur. Amalkan penggunaan produk yang mengandungi antioksidan pada waktu pagi untuk melindungi kulit daripada serangan radikal bebas. Gunakan produk perawatan yang berfungsi untuk mengeksfloloasi kulit seperti losyen yang mengandungi asid glikolik dan perawatan yang meningkatkan penghasilan kolagen. Rawatan tersebut akan membantu menghilangkan sel-sel kulit mati dan membina semua sel-sel kulit yang baru.

4. Retiniod

retin-a-biopelle-olay-retinol

Kajian mendapati rawatan retiniod (kumpulan vitamin A) membantu dalam mempercepatkan pergantian sel walaupun ia juga dikatakan boleh menyebabkan iritasi, kering dan kemerahan pada kulit. Kebanyakkan produk retionoid di pasaran pada masa kini diformulasikan supaya memberi kelembutan kepada kulit yang sensitif. Anda disarankan untuk menggunakan dua kali sehari sahaja supaya kulit serasi dengannya.

5. Lindungi kulit anda setiap inci

Protect_your_skin_for_summer

Menggunakan sunblock dengan menyapu pada bahagian tertentu seperti leher dan wajah merupakan kesilapan terbesar yang anda telah lakukan! Sunblock haruslah disapu di sekitar leher, wajah, tangan, kaki dan dada untuk memberikan perlindungan penuh kepada kulit daripada dirosakkan oleh sinaran UV. Bahagian seperti bahagian anak rambut, garis rahang dan telinga juga perlu disapu dengan sunblock yang mempunyai SPF30.

6. Gunakan perawatan anti penuaan sejak awal

Anti-Aging-Skin-Care

Serum dan pelembap yang mengandungi campuran peptida perlu disapu dibahagian kulit yang mempunyai kedutan halus dengan segera.

7. Atasi jerawat

image

Tidak semua jerawat sama kerana jerawat yang tumbuh awal kebiasaannya adalah disebabkan oleh penghasilan minyak yang berlebihan. Manakala jerawat matang pula adalah disebabkan oleh tekanan, hormon dan kulit yang kian menipis. Bagi mengatasi masalah ini, gunakan pembersih yang mengandungi asid salicylic yang tinggi pelembap dan protein kacang soya yang membantu membaiki elastisiti kulit anda.  Anda juga boleh memilih produk perawatan yang mengandungi benzoyl peroxide sebanyak 2% dan bukan 5% atau 10% yang biasa terdapat dalam produk perawatan kulit remaja.

Selamat mencuba dan kekal muda!

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply