Semasa

Nahas Treler Rempuh Motosikal

Perkongsian
jeniang2
Mangsa maut di tempat kejadian

Lagi kes treler rempuh motosikal. Baru 2 minggu lepas daerah yang sama berlaku kes sebegini rupa. Tapi kali ini, kejadian berlaku di Jeniang.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam semalam, seorang remaja maut apabila motosikal yang ditunganginya dirempuh oleh sebuah lori treler dari arah bertentangan.

Treler yang dikatajan dipandu laju tersebut tidak sempat mengelak motosikal mangsa kerana keadaan lampu jalan yang agak suram di kwasan tersebut menyukarkan pemandu melihat dengan jelas. Akibat rempuhan tersebut, mangsa bersama motosikalnya diseret treler sejauh 30 meter dan disahkan meninggal di tempat kejadian.

jeniang4
kad pengenalan mangsa

Berdasarkan kad pengenalan yang ditemui bersama mangsa, jenazah yang dikenali sebagai Muhamad Amirul Iskandar Kamaruzaman menetap di Kampun Batu 34 ,Bukit Selambau.

Remaja berusia 16 tahun tersebut turut menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Sulong Jeniang di Tingkatan empat.

jeniang1
Akibat perlanggaran, mangsa diseret sejauh 30 meter dan disahkan meninggal di tempat kejadian

Menurut laporan awal daripada saksi kejadian, jenazah dikatakan mangsa langgar lari treler tersebut kerana pemandu treler tersebut terus meninggalkan tempat kejadian sejurus melihat motosikal mangsa dilanggar. Walaubagaimanapun, kejadian sebenar masih belum disahkan.

Terlampau banyak kes langgar lari yang dilaporkan sejak kebelakangan ini di seluruh Malaysia dan rata-ratanya melibatkan lori dan motosikal. Apa yang pasti kejadian seperti ini merupakan perkara yang perlu dipandang serius untuk semua pihak. Malaysia turut menjadi antara negara tertinggi yang berlakunya kemalangan maut di jalanraya. Hal ini dapat dielakkan sekiranya kesemua pengguna mematuhi arahan dan undang-undagng yang telah ditetapkan.

Apapun, kita sama-sama doakan agar jenazah tenang di alam sana dan kita yang masih hidup sedekahkan Al-Fatihah sebagai penampung amalan mangsa.

Al-Fatihah.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply