Semasa Viral

Raja Bomoh Halau Cuaca Panas Pulak!

Perkongsian

images

Viral di laman sosial beberapa tahun lepas seorang bomoh, Ibrahim Mat Zin atau dikenali sebagai Raja Bomoh Sedunia VIP cuba membantu dalam usaha mencari bangkai kapal terbang MH370 milik Malaysia Airlines yang hilang daripada radar akibat tersalah melintasi laluan penerbangan udara.

Memandang dia seorang bomoh, maka berdasarkan tilikannya pesawat itu didakwa hilang tergantung di atas paras Laut China Selatan berhampiran Vietnam. Apa yang melucukan adalah sehingga sekarang tilikannya masih tidak menjadi kenyataan dan misteri MH370 masih belum terungkai. Hanya sebahagian daripada badan pesawat ditemui manakala yang lain masih dalam pencarian.

Dia yang ketika itu menggunakan alat teropong, buah kelapa dan bubu untuk mencari MH370 dijadikan bahan jenaka rakyat Malaysia dan dianggap khurafat kerana mempercayai barangan tersebut mampu mencari kapal terbang tersebut. 

 download (2)

Jerebu yang melanda Malaysia pada tahun lepas disebabkan pembakaran hutan Indonesia sekali lagi memberi peluang kepada Raja Bomoh VIP ini untuk melakukan acara ritual khurafatnya. Kali ini untuk ‘menghalau’ jerebu daripada Malaysia, dia dikatakan menjalankan acara ritual memasak ais batu di dalam kuali dan meminta jerebu untuk keluar meninggalkan Malaysia.

Pada tahun ini pula, cuaca panas melampau memberikan satu lagi idea kepada Raja Bomoh VIP ini untuk ‘membantu’ menghalau cuaca panas. Pada tahun ini, Raja Bomoh VIP memilih buah tembikai dalam ritual ‘peliknya’ itu. Upacara itu dimulakan dengan bacaan Yassin oleh Raja Bomoh VIP dan empat orang pengikutnya. Kemudian selepas selesai bacaan Yassin, mereka memecahkan lima biji tembikai sebagai simbol untuk menyejukkan badan.

download (1)

Gambar Sumber SuaraTV: Raja Bomoh (dua daripada kanan) bersama empat pengikutnya.

Menurut Raja Bomoh VIP, ayat Yassin dan ayat Nabi Yunus merupakan salah satu daripada petua orang dulu-dulu untuk menyejukkan bumi , dan buah tembikai merupakan simbolik untuk menyejukkan badan supaya fenomena panas di bumi boleh dipulihkan dengan izin Allah. 

Upacara pembomohan yang telah dibuat oleh Raja Bomoh VIP ini diharamkan oleh Jabatan Mufti Perak dalam satu kenyataan sebelum ini. Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak juga telah mewartakan ritual Raja Bomoh ini sebagai salah satu upacara sesat dan haram. Sebagai umat Islam, kita sepatutnya berdoa pada Allah dan tidak melakukan apa-apa tindakan yang dianggap syirik dan sesat. Semoga Allah jauhkan kita daripada sebarang bencana. Amin.

 

 

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply