Inspirasi Semasa Viral

7 Tip Kekal Sejuk Ketika Cuaca Panas

Perkongsian

Umum mengetahui, negara kita sedang mengalami cuaca panas yang melampau sehinggakan pasang kipas depan muka pun masih terasa bahangnya. Mandi berapa kali pun tetap masih terasa bahangnya. Membazir air je. Laman portal Astro menyediakan 8 tip kekal sejuk dalam cuaca panas sekarang ini selain dapat menjaga kesihatan kita.

1. Minum Air Putih

Perkara paling asas ketika kita menghadapi cuaca panas. Hal ini kerana untuk memastikan kita mendapat air yang mencukupi di dalam badan. Selain itu, minum air putih dalam kuantiti yang banyak juga membantu dalam tubuh badan kita menjadi sejuk. Jauhkan juga meminum air yang berkafein dan manis kerana ianya dapatk mempercepatkan badan kita dehidrasi.

 2. Pakai Pakaian Fabrik Sejuk Dan Meresap Peluh

Kita juga disarankan memakai pakaian yang menggunakan fabrik sejuk dan menyerap peluh. Sekiranya memakai pakaian yang tebal, badan kita akan bertambah berpeluh. Elakkan juga memakai pakaian yang berlapis.

3. Kurangkan Solekan Buat Wanita

Khas buat wanita, mungkin buat masa ini anda perlu mengurangkan memakai solekan dimuka anda. Hal ini kerana, terdapat sesetengah bahan dalam produk kosmetik berkemungkinan besar akan menyekat aliran peluh dalam badan anda. Hal itu yang mengakibatkan muka anda akan terasa panas dan bahang.

4. Hadkan Aktiviti Luar

Dalam cuaca panas yang melampau, kita disarankan supaya mengehadkan aktiviti luar kita. Hal ini kerana, aktiviti luar memerlukan penggunaan tenaga tubuh badan yang banyak. Selain itu juga, badan kita akan terdedah dengan penyakit berbahaya seperti strok haba.

5. Mandi Dengan Air Tidak Terlalu Sejuk

Kita disarankan supaya mandi dengan air yang tidak terlalu sejuk. Air yang sejuk bukan bermakna dapat menyejukkan badan kita yang panas, tetapi air sejuk membuatkan badan kita akan menjana haba yang baru untuk menggantikan haba yang kita hilangkan dengan air sejuk.

6. Meletakkan Ais Pada Pergelangan Tangan

Cara ini mungkin ramai yang tidak tahu dan tidak melakukannya. Kita boleh cuba untuk meletakkan ais atau air sejuk di kawasan pergelangan tangan kita selama beberapa saat. Hal ini kerana, satu saluran darah utama berada di pergelangan tangan kita. Dengan ini, dapat memberikan rasa sejuk dengan pantas.

7. Makan Dengan Kuantiti Sedikit

Kita boleh makan dengan kerap tapi pastikan dalam kuantiti yang sedikit. Hal ini kerana, sekiranya kita makan dalam kuantiti yang banyak terutama makanan yang tinggi karbohidrat, ianya akan menaikkan kadar metabolisme dan akan membuatkan badan terasa panas.

Demikian lah tip-tip yang boleh kita amalkan untuk mengekalkan kesejukkan dalam badan kita dalam situasi panas melampau melanda negara kita sekarang. Jom kita sama-sama amalkan.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply