Inspirasi

Datuk Seri Vida Disumpah Oleh ‘Haters’

Perkongsian

Siapa yang tidak kenal pada pengasas produk Pamoga Qu Puteh, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau Datuk Vida. Seorang wanita yang berjaya dalam bidang diceburinya iaitu menghasilkan produk kecantikkannya sendiri. Sekilas bersama Datuk Vida menceritakan mengenai komen-komen negatif yang diterimanya di laman sosial Instagram, lapor Berita Harian.

Antara komen yang paling teruk yang pernah diterima oleh Datuk Vida adalah sumpahan pengikut Instagram dalam dialek Kelantan.

“Antara komen yang paling mengguris hati saya adalah apabila ada pengikut di laman Instagram menyumpah saya menggunakan dialek Kelantan. Mungkin bagi mereka yang meninggalkan komen tersebut, ianya tidak kasar tetapi ada juga pihak yang merasakan ianya kasar.

“Apa yang boleh saya buat hanya menelan sahaja segala apa yang dikatakan oleh mereka. Saya memujuk hati saya sendiri dengan mengatakan yang mungkin mereka yang meninggalkan komen sedemikian rupa tidak faham dengan apa yang saya cuba juangkan,” kata Datuk Vida.

Beliau juga mengaku sedikit sebanyak, beliau merasa sayu apabila disumpah dan dikutuk oleh orang  yang tidak suka dengannya. Wanita berjaya dan cekal yang berasal dari Machang, Kelantan ini tekadkan hati untuk terus tabah dalam melaksanakan niatnya.

“Kadang-kadang, saya rasa letih dan sedih. Ada kalanya saya terasa hati. Tetapi, saya cekalkan diri kerana saya tahu perjuangan saya memang bakal melalui ujian sebegini. Saya cuma tetapkan niat saya yang satu iaitu mahu membawakan produk Pamoga Qu Puteh dikenali dan digunakan ramai orang di luar sana.

“Alhamdulillah, sekarang saya dapat rasakan impak positif atas apa yang saya lakukan. Mereka dah mula memahami cara pemasaran yang saya lakukan. Saya percaya jika dahulu ada yang menyampah dengan saya, pastinya lama kelamaan mereka boleh menerima dan rasa suka itu akan terbit sendiri,” kata Datuk Vida yang ditemui di majlis sidang media Konsert Mega Gegar Vaganza Istana Budaya (KMGVIB).

Sabarlah Datuk Vida. Dalam hidup ini tidak sah kalau tak ada yang dengki. Lebih lebih Datuk Vida merupakan seorang yang berjaya dan bekerjaya. Lebih ramai yang dengki. Semoga Datuk Vida kuat selalu dan abaikan cakap-cakap negatif.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply