Fesyen & Gaya Hidup Inspirasi

6 Kelebihan Untuk Wanita Yang Tidak Suka Make-Up

Perkongsian

Sudah menjadi lumrah, wanita suka pada kecantikan. Terutama sekali, kecantikan pada diri sendiri. Sanggup buat apa sahaja untuk kelihatan cantik. Cara yang paling digemari oleh wanita untuk kelihatan cantik, pastinya make-up! Pelbagai jenis make-up yang dimiliki oleh seorang wanita. Kadang-kadang perlu beli sebuah beg yang besar untuk memuatkan barang make-up sekiranya mahu berjalan jauh. Itu cara wanita yang suka kan pada make-up. Bagaimana pula pada wanita yang tidak gemar make-up? Bagi mereka, leceh nak make-up berejam sebab nanti nak solat, kena tanggalkan jugak make-up, lepastu make up balik. Buang masa. Jangan risau, seperti yang dilaporkan dalam laman portal RotiKaya, masih ada kelebihan buat wanita yang tidak gemar make-up walaupun bukan kelebihan nampak cantik dengan make up. Jom baca

1. Jimat Duit

Kenapa jimat duit? Yelah, kalau anda seorang wanita yang gilakan make up, pasti anda sanggup berhabis duit untuk membeli barang make up walaupun hanya sebatang maskara. Kalau harga murah tiada masalah, tapi sebatang maskara saja sudah cecah beratus ringgit. Dengan tiadanya minat pada make-up, anda dah jimat duit banyak untuk perbelanjaan seharian anda terutama makan. Seronokkan!

 2. Kulit Lebih Sihat

Semestinya sihat kerana kulit anda tidak bercampur dengan bahan-bahan kimia yang terdapat dalam bahan solekan. Kulit akan jadi original anda punya, tidak perlu tambah make up itu ini yang menampakkan muka terlalu ‘fake’. Bahan kecantikan semulajadi kan ada! Gunalah lendir daun lidah buaya.

3. Lebih Yakin Dengan Natural Beauty

Ha macam kat nombor 2, kulit anda serta merta akan menjadi natural beauty walaupun tidak secantik jika ditambah make up. Memang ramai yang akan puji wanita yang bermake up nampak cantik, tapi bila ada orang puji anda cantik walaupun tanpa make up, bukan kah itu satu perkara yang lebih membanggakan? Natural beauty kan.

4. Boleh terus tidur

Ini yang paling seronok. Kalau dah letih-letih balik dari kerja, hadap jammed yang berejam, bila balik rumah, sanggupkah anda menghabiskan masa lagi satu jam untuk membersihkan make up dimuka dalam bilik? Tanpa make up, mungkin anda ambil masa setengah jam sahaja. Muka basuh dengan sabun pencuci muka, dan tidur! Tak perlu sental makeup!

5. Solat tanpa perlu cuci muka

Ya betul. Nak pergi mana-mana senang. Masuk waktu solat, terus ambil air sembahyang dan solat. Lepastu pakai tudung. Tak perlu nak tampal lagi make up tu. Buang masa.

6. Tak Bergaduh Dengan Boyfriend/Suami

Lelaki paling tak suka menunggu wanita make up. Ambik masa satu jam lebih. Tanpa make up, anda akan buat kekasih atau suami anda senang hati, tidak perlu menunggu lama sampai berejam. Sampai rumah, terus bawak keluar.

  Ha, seronok kan tanpa make up. Jangan merendah diri sekiranya anda tidak make up, kerana ada kelebihan yang anda tidak tahu sekiranya tidak bermake up. Lepas ini, boleh cheer up kan diri anda walau tiada make up!

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply