Semasa

Ada Nyamuk Aedes Yang Kebal?

Perkongsian

Semakin hari, kes denggi di negara kita semakin meningkat. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak berkaitan dalam memerangi wabak denggi ini. Namun begitu, jika faktor utama kes demam denggi ini berterusan seperti persekitaran yang tidak bersih, mobilisasi masyarakat, perubahan cuaca, perubahan serotaip virus denggi dan tabiat nyamuk yang sukar dikawal iaitu keupayaan aedes menyebarkan virus serta membiak dengan pantas; meyebabkan ia menjadi lebih sukar ditangani.

image

Bagi memperolehi kaedah berkesan dan kos yang efektif dalam memerangi wabak denggi ini, orang ramai diminta untuk bersama-sama memastikan persekitaran yang bersih dengan membuang sampah secara berhemah dan tiada pembiakan aedes. Dengan cara ini, penyebaran virus denggi dari satu individu kepada individu lain dapat dihalang. Disamping itu, orang ramai digalakkan untuk menjadikan aktiviti mencari dan memusnahkan tempatan pembiakan aedes sebagai amalan harian.

Apabila semakin meningkat kes denggi walaupun dilihat semburan kabus (fogging) sering dilakukan di kawasan-kawasan yang dilaporkan adanya kes denggi, ada pihak yang mendakwa bahawa munculnya spesies nyamuk aedes yang kebal dengan semburan itu.

Adakah tidak relevan lagi segala semburan yang dilakukan sejak sekian lama? Dan pasti ramai yang mempersoalkan mengenai peranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menangani wabak ini.

Sebenarnya, pelbagai usaha telah dilakukan oleh KKM. Kawalan nyamuk menggunakan racun serangga, kawalan biologikal dan pengurusan persekitaran supaya bersih serta bebas daripada pembiakan nyamuk. Pihak KKM juga mengambil langkah baharu dalam usaha kawalan nyamuk iaitu Outdoor Residual Spray (ORS) yang membabitkan daerah Petaling, Hulu Langat, Gombak, Klang dan Johor Bahru.

image

Ramai yang tidak tahu dan memahami konsep sebenar semburan kabus itu. Sebenarnya, semburan kabus hanya membunuh nyamuk dewasa yang berada berhampiran dengan kawasan semburan dilakukan. Apabila habis kesan semburan itu, telur nyamuk aedes yang menjadi pupa tidak terhapus dan ia akan menjadi nyamuk dewasa pada bila-bila masa untuk menyebarkan virus denggi.

Selain itu, nyamuk dewasa mempunyai kemampuan untuk terbang jauh bagi mengelak daripada terkena kesan semburan dan meneruskan penyebaran virus ke tempat lain.

Daripada pemantauan yang telah dibuat oleh pihak KKM, tiada bukti saintifik menunjukkan munculnya spesies aedes yang kebal dengan racun serangga yang digunakan oleh KKM. Di samping itu, cara lain yang diguna oleh pihak KKM bagi mengelak daripada masalah ini berlaku, konsep kepelbagaian dalam kaedah kawalan vektor dengan menggunakan integrated vector management turut diamalkan.

Terbaru, dalam mengekang wabak ini tersebar, kit antidenggi yang dikenali sebagai Komuniti Bebas Denggi (KBD) yang dikendalikan oleh Inno Biologica Sdn Bhd, sebuah projek dibawah seliaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah dilancarkan.

image

Apabila mula dijangkiti virus denggi, masyarakat mula menggunakan pelbagai rawatan alternatif dalam menyekat daripada virus ini terus menular dalam diri pesakit. Antaranya meminum jus pucuk betik, air isotonik, air kelapa muda dan sup ketam. Ada yang kata ia berkesan, namun buat masa ini pihak KKM mengesahkan bahawa hanya jus daun betik yang sudah menjalani kajian dan ia terbukti memberi kesan positif terhadap kenaikan bilangan platelet yang membantu mengurangkan kompilasi pendarahan. Mendapatkan rawatan daripada doktor dengan kadar segera masih perlu bagi sesiapa yang mengalami tanda demam denggi seperti demam, sakit sendi, ruam atau apa-apa pendarahan.

KKM juga sedang meneliti keberkesanan kos sekiranya pelaksanaan vaksin denggi pertama di dunia, Dengvaxia dilakukan di negara ini selepas permohonan dikemukakan oleh syarikat pengeluar bagi mendaftarkan vaksin denggi di Malaysia kepada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan pada pertengahan 2015.

image

Dengvaxia telahpun diluluskan penggunaannya di Mexico dan Filipina. Secara keseluruhan hasil kajian menunjukkan keberkesanan vaksin denggi adalah 65.6 peratus, manakala kesan perlindungan untuk setiap serotaip denggi adalah tidak sekata, iaitu dalam lingkungan 40 hingga 80 peratus. Walaupun vaksin denggi ini menunjukkan keberkesanan yang tidak sekata, hasil kajian itu menunjukkan vaksin ini dapat mengurangkan kes denggi yang serius 80 peratus dan mengurangkan kemasukan kes ke hospital sehingga 90 peratus. Pada masa ini, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah sedang mengkaji keberkesanan, keselamatan dan kualiti vaksin ini untuk pendaftaran.

Walauapapun, jelas bahawa pelbagai usaha telah dilakukan bagi menangani penularan wabak denggi ini bukan setakat di peringkat negara kita sahaja malah peringkat antarabangsa. Jelas juga bahawa tidak wujud spesies aedes yang kebal terhadap sebarang medium penghapusan.

Foto BERNAMA
Foto BERNAMA

Apa yang penting walau secanggih manapun usaha yang diambil, langkah paling berkesan dalam mengawal dan mencegah wabak ini adalah kerjasama daripada seluruh masyarakat untuk menjaga kebersihan kawasan sekitar serta sama-sama memusnahkan tempat pembiakan aedes.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply