Semasa Viral

Gerhana Bulan Penuh Bermula Jam 5.39 Hingga Jam 9.59 Malam

Perkongsian

Baru beberapa minggu yang lalu fenomena gerhana matahari berlaku, pada hari ini djangka gerhana bulan pula akan berlaku. Fenomena ini diumumkan oleh Angkasa Negara (ANGKASA) dalam kenyataannya bahawa kitaran penuh fenomena gerhana bulan ini dijangka akan berlaku pada jam 5.39 petang sehingga 9.59 malam hari ini.

Pada jam 5.39 petang, bulan akan memasuki zon penumbra, iaitu bayang-bayang yang terhasil apabila pancaran matahari dihalang oleh bumi. Pada jam 7.47 malam pula akan berlaku kemuncak gerhana bulan dan fenomena itu dijangka berakhir pada jam 9.59 malam selepas bulan keluar daripada zon penumbra. 

apa-sih-yang-menyebabkan-gerhana-matahari-total-QLmx5SeDfq

Menurut Ketua Unit Komunikasi korporat ANGKASA, Wan Hakimah Abd Rahim, gerhana bulan penuh pada tahun ini menyaksikan diameter bulan yang dilihat lebih kecil daripada diameter purata bulan memandangkan gerhana berlaku 2.1 hari sebelum bulan berada pada kedudukan paling jauh dengan bumi atau kedudukan “Apogi” 77.5 peratus.

Orang ramai yang berminat untuk menyaksikan fenomena gerhana bulan pada petang ini disarankan untuk melihat ke arah timur, iaitu arah bulan terbit untuk fenomena gerhana bulan. Orang ramai juga digalakkan untuk membawa  alat seperti binokular atau teleskop untuk menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh dengan lebih jelas. Ini kerana gerhana bulan bermungkinan tidak jelas jika dilihat dengan mata kasar kerana zon penumbra bumi yang kurang gelap berbanding dengan bayang-bayang umbra bumi. Keadaan ini mewujudkan umbra bumi berikutan cahaya dipancarkan matahari dihalang oleh bumi.

download

Bagi individu yang ingin melihat dengan lebih jelas, anda dan keluarga boleh menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh di Planetarium Negara. ANGKASA telah menganjurkan satu program untuk menyaksikan gerhana bulan bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Pembekal Peralatan Starfield pada jam 7.30 malam ini. Tujuan program yang dilakukan oleh ANGKASA ini adalah untuk memberi pendedahan, dan menanam minat orang awam terhadap ilmu astronomi apabila menyaksikan fenomena gerhana bulan. 

Dalam program itu pihak ANGKASA akan menyediakan beberapa teleskop untuk tujuan mencerap gerhana bulan Penumbra dan planet Musytari, tetapi orang awam digalakkan untuk membawa teleskop sendiri.

Menurut ANGKASA lagi, fenomena bulan penuh kedua pada tahun ini dijangka akan berlaku pada 17 September hadapan. Orang ramai juga disarankan untuk melaksanakan solat gerhana bulan.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply