Semasa Viral

“Hina Sangat Kahwin Muda Tua? Perkahwinan Saya Sah!”-Nasirah Nazri

Perkongsian

Semalam media sosial Facebook viral tentang seorang remaja perempuan berusia 18 tahun, Nur Nasirah Nazri berkahwin dengan seorang lelaki berusia 62 tahun, Ismail Lambak.

10400062_10153900146425428_5250122570229743210_n

Status yang ditulis oleh Ustaz Saiful Bahri Mamat di laman Facebook miliknya menunjukkan gambar perkahwinan pasangan berkenaan di sebuah rumah yang berbunyi, ” Tahniah ah Abg Well, Ismail Lambak 62 yg tlh mnamatkn zmn bujang beliau dengan isteri idaman 18. Ramai ore jeles ke deme nih :). Apapun smoga bahgia sehingga ke anak cucu, dunia akhirat. Nak bulan madu mana boh?”

1913756_10153528246613100_924083895235921526_n

Kemudian gambar status Ustaz Saiful Bahri Mamat beserta gambar pasangan berkenaan discreenshoot dan diviralkan oleh beberapa page Facebook dengan status yang berbunyi menghina, terkejut, menyindir dan mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin baru itu.

Salah sebuah page Facebook menulis status, “18 tahun gaisss 18 tahun..Allahu..rasa pedih menusuk kalbu gaiss..kalau dah jodohh..” yang mendapat likes sebanyak 2.4K dan perkongsian sebanyak 551.

Sesetengah pengguna laman sosial menulis komen yang baik tentang pasangan berkenaan, tak lupa juga ada yang mengherdik dan menyindir pasangan berkenaan mengenai perkahwinan antara muda dan tua. Ada juga yang menfitnah kerana harta, dan sebagainya.

Bengang kerana diejek lawak oleh pengguna laman sosial Facebook, Nur Nazirah tampil dalam komen berkenaan untuk membidas tindakan admin page berkenaan memalukan dirinya dan suami. Dia menegaskan bahawa perkahwinan mereka sah dan dia tidak berkahwin kerana sudah mengandung.

Untitled12316548_482169395288565_2107215729477241380_n

Beberapa artis seperti Faizal Tahir  FBI turut mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin berkenaan melalui laman sosial Facebook nya. Beliau turut menasihati pengguna laman sosial FB yang lain supaya mendoakan kesejahteraan pasangan terbabit tanpa menghina sesiapa.

1

Tak lupa kepada laman sesawang Siakapkeli.my yang turut mendoakan pasangan berkenaan dalam laman webnya, ” Apapun, kami dari Siakapkeli mendoakan pasangan En Ismail Lambak dan Nur Nasirah Nazri ini berbahagia sehingga akhir hayat.”

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply