Semasa Viral

Ajaran Sesat Millah Abraham Di Sabah, Sarawak!

Perkongsian

Selepas reda dengan isu pencerobohan Lahad Datu di Sabah, kini Sabah kembali diceroboh dengan kehadiran ajaran sesat iaitu kumpulan Millah Abraham. Sarawak juga turut terjebak dalam pemilihan tempat untuk dijadikan tempat tumpuan ajaran ini. 

Millah Abraham merupakan komuniti ajaran sesat baharu yang mencampurkan ajaran Islam, Nasrani dan Yahudi dalam kehidupan mereka dan menganggap semua agama merupakan agama yang benar dan lurus. Ajaran ini diketuai oleh seorang pemerintah bernama Ahmad Musaqid berasal dari Indonesia. 

Aliran ini dikatakan sesat kerana menganggap bahawa orang yang belum melakukan perjanjian taat setia (bai’at) adalah sebagai orang kafir. Dalam ajaran ini, para penganutnya hanya perlu solat malam sahaja tanpa menunaikan solat lima waktu sehari semalam. Walaubagaimanapun, mereka mendakwa bahawa mereka merupakan pengikut kepada Nabi Ibrahim. 

mgfjawi04.501
Pengarah JAWI, Paimuzi Yahya bersama gambar 12 pengikut ajaran sesat Millah Abraham @ Ibrahim dan Ustaz Kasanova .Foto NOOR ASRIEY KUZAIREY SALIM

 

Kumpulan ini turut diwartakan sesat oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor pada 17 September 2015 kerana mempercayai adanya Rasul selepas Nabi Muhammad SAW dan memahami Al-Quran mengikut tafsiran mereka sendiri. Pihak seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majelis Ulama Indonesia (MUI) berkerjasama dalam membanteras ajaran sesat ini supaya tidak menyesatkan masyarakat Islam setempat.

Kini mereka mula bergerak kehadapan apabila mereka telah membeli banyak tanah untuk dijadikan sebagai tempat utama operasi mereka terutamanya di Tuaran, Sabah dan Simunjan, Sarawak. Pembelian tanah ini adalah merupakan usaha mereka untuk menubuhkan sebuah pemerintahan Islam atau Daulah Islamiah di rantau ini. 

“Hasil maklumat dan dokumen yang dirampas mendapati kumpulan ajaran sesat ini telah menyusun kabinetnya termasuk mempunyai 13 orang gabenor di setiap daerah di Malaysia. Sebab mengapa ajaran sesat ini merancang Daulah Islamiah di Sabah dan Sarawak adalah kerana tanah di Sabah merupakan ‘promised land’, iaitu tanah yang dijanjikan oleh ketua mereka,” kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial (E2) Bukit Aman, Datuk Awaludin Jadid semalam.

3

Menurut Datuk Awaludin lagi, kedudukan strategik tanah di antara Simunjan dan Tuaran memudahkan pergerakan ke Kalimantan Timur dan Utara kerana  Daulah Islamiah Millah Abraham melibatkan sebahagian daerah Kalimantan, Sarawak, Sabah, Semenanjung Malaysia dan Indonesia. 

“Perancangan penempatan itu ada dalam peta kumpulan terbabit, tetapi saya tidak boleh mendedahkannya lebih lanjut kerana risikan dan siasatan sedang dijalankan,”katanya.

Selepas beberapa serbuan dilakukan, kemuncak aktiviti kumpulan ajaran sesat adalah mereka memasuki fasa yang lebih serius apabila mula terlibat dengan militan termasuklah pembelian senjata api. Walaubagaimanapun, kumpulan Millah Abraham ini tidak terbabit dengan keganasan dan pemerdangan manusia.

FW348332_KL09_101114_MAHKAM
Tertuduh Mohamad Harizal Kamaruddin (kiri) dan Kamarudin Annuar (tengah) mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur atas pertuduhan mengembangkan ajaran sesat Millah Abraham di sini, hari ini. – Foto BERNAMA

Orang ramai dinasihati supaya jangan mudah percaya kepada ajaran sesat ini.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply